Pecutan Akhir… UPSR, PMR, SPM & STPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Badr dengan berbesar hati, ingin mengumumkan E-Book Pecutan Akhir akan dilancarkan pada tengah hari ini! Dengar harga yang di luar jangkaan, e-book ini bakal membantu anda semua yang kini gementar menanti saat-saat peperiksaan yang semakin hari semakin hampir! Klik sini untuk dapatkannya!

 Badr : Berapa harganya? FREE!! Hadiah to all of u!! Layari http://pecutan.badrulsani.com untuk dapatkannya!

 

Rugikah Anda Berfikiran Positif?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!

Rugikah anda jika berfikiran positif? Rugikah anda jika anda sentiasa mengambil hikmah disebalik musibah yang melanda? Rugikah anda jika acap kali terpaksa bersabar meskipun masalah membebankan hidup anda?

Jawapannya adalah TIDAK! Malah jika anda berfikiran positif, andalah manusia yang paling untung dan paling bahagia di dunia!

Pemikiran negatif kerap menutup peluang yang hadir dalam hidup kita. Dengan berfikiran negatif, anda akan dipengaruhi nafsu, dirantai perasaan marah dan dibelenggu daripada berfikir dengan baik. Dan akhirnya, masalah yang menimpa anda akan terus menjadi sesuatu yang membebankan!

Jika anda berfikiran positif, anda sebenarnya bakal menjadikan masalah yang menimpa sebagai batu loncatan untuk terus berjaya. Anda bakal menjadikan masalah sebagai cabaran dan peluang. Anda juga bakal menyebabkan masalah itu menjadi sesuatu yang dihargai.

Read the rest of this entry »

Sweet Gift…TQ!

from jasmin

Baru-baru ni ada program di SK Taman Rakan… Ada seminar kepimpinan. And this is a sweet gift from one of the fantastic participants… Hehehe.. Thanks Jasmin!

Badr : It’s All About Your Mind!

Posted in My Eyes. 1 Comment »

Financial Literacy…It’s Exciting!

It was a wonderful Sunday morning… Instead of doing nothing at home (in the name of relaxation), my wife and I joined an informative and insightful seminar at Dewan Cempaka PKNS Bangi.

Seminar Pengurusan Kewangan organized by ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) was really inspiring. The speakers – so experience, well known and friendly! If you an up-to-date business or financial-aware person, you should know them – Hajah Rohani bt Datuk Hj Mohd Shahir and Hj. Mahadzir from Hijrah Consultancy.

Alhamdulillah, we’ve learned a lot of things during that 2 hour session! Especially on how to ensure your mal (property and money) to be always in compliance with the syariah regulations.

And we appreciated our financial literacy, strength and weakness more than before. And alhamdulillah, it shows us the way to brighter financial future with better financial planning.

Badr : Orang boros macam Badr, require this kind of seminar! Hehehe!

Posted in My Eyes. 1 Comment »

Splendid! KGB Gen-2 Rocks!

Karnival Generasi Berilmu Gen-2 telah pun berakhir. Dan yang menariknya, ia berakhir dengan jayanya! Tahniah kepada semua yang menjayakan program gilang gemilang ini ye! Congrats to all AMPAC Team!

Banyak benda telah dipelajari sepanjang persediaan dan pelaksanaan program ini. Tapi seperti biasa, APA YG PENTING? KERJASAMA! Hehehe…

During KGB

Demo Blindfold Chess

 Banyak aktiviti menarik dipaparkan kepada umum. Antaranya ialah Seminar Bijak Berbicara, Brilliant Students’ Skills Demo Session, English Sure Boleh Seminar, English Zone Challenge, Demo Intelligent Chess (main sambil tutup mata tu!), Demo Aikido, Seminar Usahawan Dirancang, Seminar Visioning, Hari Usahawan Muda, The Apprentice, dan Majlis Graduasi AMPAC!

Read the rest of this entry »

Jemputan Istimewa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Badr dan Speak Out AMPAC Team dengan sukacitanya menjemput anda semua ke Seminar Bijak Berbicara! Anda hanya perlu hadir untuk mengikuti sebuah seminar yang bakal membuka minda anda tentang dunia seni berbicara dan mengubah persepsi tentang kemampuan anda! Tiada yuran penyertaan! Ya, PERCUMA!

Pelbagai input akan dikongsi dan persembahan mantap untuk dihidangi! Datanglah beramai-ramai, kerana seminar ini sesuai untuk semua golongan : dewasa, remaja dan kanak-kanak!!

Jangan kita terus membuat alasan ketika mereka yang lain sudah petah berbicara di khalayak ramai! Jom!

Tarikh : 5 Julai 2009 (Ahad)
Jam : 8mlm – 10mlm
Tempat : Pentas Utama Kompleks PKNS Bangi

Holiday! Holiday! Holiday!

Ada orang cakap, holiday ni buang duit…ada yang kata buang masa… Dan Badr setuju dengan kata-kata mereka ini sehinggalah pada satu hari tu, Badr ‘terpaksa’ mengikuti sebuah percutian percuma di Sydney, Australia.

Waktu tu baru Badr tahu sebenarnya holiday ini adalah satu keperluan dan bukan semata-mata lambang kemewahan. Semua orang, (and i mean it), semua orang perlu bercuti. Sebab bercuti boleh jadi titik tolak perubahan diri atau minda anda terhadap sesuatu perkara. Contohnya, ketika anda bercuti, mungkin anda belajar sesuatu yang baru. Atau berlaku sesuatu peristiwa yang akhirnya membuka minda anda sebagai manusia.

Badr sendiri pernah alami. Apabila melihat orang putih yang tiada tauhidnya kepada Yang Maha Esa, mempamerkan kebersihan yang jauh lebih bagus daripada negara yang mengaku keIslamannya. Secara tak langsung, Badr tersedar bahawa kita ini masih ketinggalan di belakang mereka.

Dan dengan bercuti, anda juga bakal merehatkan tubuh badan dan yang paling pentingnya ialah MINDA. Yup, minda juga perlukan rehat. Dan percayalah dengan rehat yang cukup dan berkualiti, anda akan menjadi anda yang baru sebaik sahaja anda memulakan kerja.

 Cameron Highland Read the rest of this entry »