Puasa oh puasa…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ya…Puasa bukan semata-mata berlapar dan dahaga. Puasa memiliki signifikan yang jauh daripada itu. Tapi tak perlulah Badr menghurai terlalu terperinci, memadailah dengan berbicara tentang beberapa perkara tentang puasa…

Ramadhan dimuliakan dengan kewajipan ibadah puasa.. dan jangan lupa, Ramadhan juga menjadi amat istimewa dengan penurunan Al-Quran Al-Karim. Justeru, mari kita fokuskan Ramadhan kali ini dengan penambahbaikan dalam dua perkara tersebut…

1) Puasa
Jom kita puasa bulan ini dengan sebenar-benar puasa. Bukan setakat mulut, tetapi juga lidah.. Bukat setakat melakukan amal soleh, tetapi juga meninggalkan perkara mungkar. Kita puasa mata, tangan, kaki dan mulut… Dan kali ini puasa sungguh-sungguh! Biarkan mata kita melihat perkara yang baik, tangan kita melakukan perkara kebaikan, kaki kita menuju ke tempat ibadah dan mulut letih dengan berzikir kepada Allah serta mengucapkan perkara yang mulia semata-mata mulia.

2) Al-Quran
Jom kita baca sungguh-sungguh Al-Quran pada Ramadhan kali ini. Kita cungkil khazanah Al-Quran. Kita lafazkan ayat-ayat suci dengan hati yang cukup ingat kepada Allah. Kita alunkan kalam Allah ini dengan keinsafan, semangat dan penghayatan yang tak berbelah bagi. Kita jadikan Al-Quran sebagai nyanyian dan siulan yang sentiasa bermain di bibir mulut. Biarlah kalau kita humming sekalipun, irama yang dibuat adalah nada bacaan Al-Quran. Come on, this is the month of Ramadhan. Bulan turunnya Al-Quran!

2 benda je… Kita fokus sungguh-sungguh! Kita buat yang terbaik insyaAllah kita mampu jadi yang terbaik. Usah hiraukan orang lain, yang penting Ramadhan tahun ini menjadi berkali ganda lebih baik daripada Ramadhan yang telah berlalu. Takbir!

Badr : Alhamdulillah…Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!

Jangan sampai lemas!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini Badr ingin berbicara tentang amaran “JANGAN SAMPAI LEMAS.”

 

Bagi yang tak tahu berenang, seeloknya belajarlah berenang sebelum terlambat. Sukan renang ini dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah semata-mata saranan malah terbukti secara praktikalnya memberikan kesan yang cukup besar untuk kesihatan dan hidup kita.

Malangnya, ramai orang Islam kini yang kononnya pengikut setia Nabi Muhammad tidak mengendahkan saranannya malah mengambil mudah setiap sabda baginda. Sedangkan puak-puak Yahudi sememangnya menggunakan nasihat-nasihat baginda dalam mendidik anak mereka.

Read the rest of this entry »

Sudah Sunnah Orang Berjuang…

Perjuangan… Satu kalimah yang mudah meniti bibir tetapi sukar untuk dihidupkan dalam tindakan… Namun perjuangan harus diteruskan. Ia tidak terbayar dengan wang ringgit…namun ia berbaloi dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Yang Maha Esa…

  Read the rest of this entry »

Remaja Selamatkan Gaza!

Tamatnya program Selamatkan Gaza di Stadium Malawati, S.Alam tempoh hari tidak bersama dengan tamatnya semangat untuk terus menyelamatkan Gaza. Dengan semangat yang masih merah membakar, program Remaja Selamatkan Gaza anjuran AMPAC diadakan genap 7 hari selepas program raksasa Aman Palestin diadakan.

  Read the rest of this entry »

Perjalanan Menginsafkan…

Just to share…

Ini apa yang Badr lihat dan rakamkan ketika Badr dalam perjalanan pulang ke Penang baru-baru ni…Masya Allah, kemalangan yg berlaku amat tragis. Dan menyebabkan kesesakan lebuhraya sejauh beberapa kilometer!

Badr ingin mengingatkan diri Badr dan diri kawan-kawan semua agar kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu. Mudah-mudahan musafir kita menjadi sesuatu yang berkat dan selamat…

Badr : Esok Badr nak gi Sg Besar…Ziarah Pak Anjang…

Tazkirah Untuk Kaki Chatting…

Salam semua! I dedicate this to all kaki chatting…Especially pompuan…hehe

Badr : Mmmm…hebat le saper yg buat video ni…

Islam vs Muslim

Salam Ramadhan,

Ramai di antara kita yang masih keliru antara Islam dan Muslim. Terutamanya mereka yang bukan Islam. Sesungguhnya Islam itu amat berbeza dengan Muslim masa kini.

Islam adalah agama atau lebih tepat dikategorikan sbg cara hidup yang sempurna. Islam menganjurkan penganutnya melaksanakan perkara kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah kemungkaran. Islam merupakan cara hidup yang mampu membimbing insan ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Malangnya, Islam pada hari ini dikaburi dengan imej Muslim masa kini. Muslim atau mereka yang menganut agama Islam, bukan lagi mereka yang mempamerkan apa yang dikatakan sebagai Islam yang sebenar… Muslim hari ini tidak boleh dibandingkan dengan kemuliaan Islam.

Muslim pada hari ini ramai yg terlibat dengan gejala sosial…rasuah…dadah…
Muslim pada hari ini ramai jugak yang terlibat dengan fitnah…ajaran sesat…
Muslim pada hari ini remai jugak yang berminat tentang kebendaan semata…

Walaubagaimanapun, alhamdulillah masih ramai juga Muslim yang hebat, jujur, amanah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sejati… Cuma jika tidak dijaga, mungkin angka golongan ini akan semakin kurang dan kurang…

Jadi, jgn tersalah anggap antara Islam dan Muslim. Anda adalah Muslim. Dan anda juga adalah Muslim yang menjadikan Islam sebagai way of life!

Teringat kata-kata pensyarah Badr satu ketika dulu…
Di Eropah, Muslim bilangannya sikit, tetapi Islam ‘banyak’
Di negara-negara Islam pula, Muslim bilangannya banyak, tetapi Islam ‘sedikit’

Badr : Kita pikir la sendiri!