Momentum Mesti Dijana & Dijaga!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Badr ini ingin berbicara tentang momentum. Ramai yang tahu maksud momentum cuma kali ini apa yang Badr ingin perkatakan adalah kaedah memanfaatkan momentum dalam kehidupan kita sbg manusia juara.

Ramai di antara kita yang suka buat kerja sikit-sikit kemudian berhenti, buat benda lain pulak. Lepas tu, dah lama sikit, sambung balik kerja yang mula-mula tadi tu. Memang tidak disangkal pepatah Melayu ada mengatakan, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit… Tapi prinsip Melayu moden perlu diubah menjadi, “buat sikit-sikit memang pasti hilang momentumnya!” Heheh..

Ya, dengan melakukan sesuatu secara tidak konsisten mampu menamatkan riwayat usaha tersebut. Contoh, jika anda menulis buku, dan tulisan anda dibuat secara tidak istiqamah, percayalah, buku tersebut hanya akan tinggal sebagai coretan pendahuluan dan bab pertama! Kenapa ye? Kerana momentum anda hilang setiap kali anda berhenti untuk menangguhkan sesuatu.  Read the rest of this entry »

Rugikah Anda Berfikiran Positif?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!

Rugikah anda jika berfikiran positif? Rugikah anda jika anda sentiasa mengambil hikmah disebalik musibah yang melanda? Rugikah anda jika acap kali terpaksa bersabar meskipun masalah membebankan hidup anda?

Jawapannya adalah TIDAK! Malah jika anda berfikiran positif, andalah manusia yang paling untung dan paling bahagia di dunia!

Pemikiran negatif kerap menutup peluang yang hadir dalam hidup kita. Dengan berfikiran negatif, anda akan dipengaruhi nafsu, dirantai perasaan marah dan dibelenggu daripada berfikir dengan baik. Dan akhirnya, masalah yang menimpa anda akan terus menjadi sesuatu yang membebankan!

Jika anda berfikiran positif, anda sebenarnya bakal menjadikan masalah yang menimpa sebagai batu loncatan untuk terus berjaya. Anda bakal menjadikan masalah sebagai cabaran dan peluang. Anda juga bakal menyebabkan masalah itu menjadi sesuatu yang dihargai.

Read the rest of this entry »

Mencipta Peluang…Bukannya susah!

Berikut merupakan ayat-ayat standard tentang PELUANG…

“Saya takde peluang…”
“Kalau diberi peluang, insyaAllah saya boleh lakukan…”
“Nanti kita tunggu peluang yang sesuai…”

Tapi sebenarnya, berikut adalah fakta tentang PELUANG…

“Peluang dicipta bukan diminta”

Ya, peluang bukan datang bergolek. Peluang muncul bersama konsep tawakal. Peluang juga muncul dengan kaedah berfikiran positif.

Bercakap tentang konsep tawakal, apabila kita berdoa, berusaha dan kemudiannya menyerahkan segala-galanya kepada Allah, insyaAllah peluang yang dicari pasti muncul.

Dan apabila bercakap tentang kaedah berfikiran positif, memang benar, apabila anda berfikiran positif, anda sebenarnya sedang mencipta peluang!

Perhatikan betul-betul masalah anda... Ia mungkin PELUANG!

 Apabila setiap masalah dilihat akan hikmahnya, anda pasti menjadi semakin hebat setiap kali masalah itu diatasi.

Read the rest of this entry »

Remaja Kita Perlukan “Multi-Intelligence”

Remaja kita ramai yang terkandas bukan dek kerana minda yang tumpul dan akal yang lemah. Tetapi kerana masyarakat pada hari ini cenderung mengadili seseorang individu itu berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata.

Sedangkan manusia dicipta bersama keunikannya tersendiri. Ada di kalangan kita yang selesa belajar menggunakan buku dan ada juga di kalangan kita hanya mampu menimba ilmu menerusi aktiviti praktikal. Ada yang suka berbincang masalah dengan orang lain dan ada yang sekadar menyimpan di dalam hati.

Ada yang suka mendengar daripada melihat. Tidak kurang juga yang lebih gemar bersukan daripada menjadi ulat buku.

Perbezaan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Cuma malangnya pada hari ini mereka yang cemerlang didefinisikan menerusi bilangan ‘A’ nya sahaja. Apa akan jadi dengan para remaja yang dilahirkan hebat dalam aspek lain dan bukannya akademik? Apa nasib mereka? Tentunya dicop sebagai tidak bijak, tidak berkualiti dan tidak berguna untuk masyarakat…

 

Read the rest of this entry »

Najib – Jgn Asyik Bernostalgia…

Hari ini YAB Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib mengingatkan para ahli UMNO agar jangan asyik bernostalgia… Badr amat tertarik dgn frasa ini sbb sedar atau tidak, banyak di kalangan kita yang tidak mampu cemerlang kerana sikap ini… ASYIK BERNOSTALGIA.

Sikap negatif ini bermaksud kita ini terlalu mengagung-agungkan kisah silam sehingga kita larut di dalamnya. Kita dirantai oleh sejarah gemilang yang menyebabkan perancangan masa depan diketepikan. Kita berasa terlalu syok dan seronok sehinggakan kita terbawa-bawa kegembiraan tersebut walaupun kejayaan tersebut telah berkurun lamanya…

Read the rest of this entry »

Sudah Sunnah Orang Berjuang…

Perjuangan… Satu kalimah yang mudah meniti bibir tetapi sukar untuk dihidupkan dalam tindakan… Namun perjuangan harus diteruskan. Ia tidak terbayar dengan wang ringgit…namun ia berbaloi dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Yang Maha Esa…

  Read the rest of this entry »

Azam 2009!

Salam semua!!!

Wah, sekarang ni mesti ramai yang berkobar-kobar dengan azam dan semangat baru kan? Maklumlah tahun baru…

Azam Baru!! Hehe

Tidak salah untuk memiliki azam tahun baru. Dan sebenarnya bagus untuk kita memilki keazaman untuk berubah sempena tahun baru ini. Especially kalau tekad kita bersempena dengan Maal Hijrah 1430.
s
Cuma kita mesti sentiasa ingat, azam hanya akan tinggal sebagai secebis keinginan untuk berubah selagi tiada tindakan untuk berubah. Secara mudah, janganlah kita hangat-hangat tahi ayam dalam melakukan sesuatu.
s
Biarlah perubahan yg ingin dilakukan itu tidaklah sedrastik mana, asalkan kita mampu melakukannya secara berpanjangan. Kelestarian tindakan (consistent action) adalah elemen yang terpenting berbanding perancangan untuk berubah yang besar.
s
Jadi marilah sama-sama kita berubah dan biarlah perubahan kita kali ini konsisten. Let’s go! Callo bette!
s
Badr : Salah satu azam adalah untuk mengamalkan cara hidup sihat!!