Badrul Sani.com kini berwajah baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Sukacita dimaklumkan bahawa Badrul Sani.com atau BaDR’s Blog kini telah berubah wajah dan berpindah ke

Wajah Baru BaDR's Blog

www.badrulsani.com

 

 

Sila klik link di atas untuk melawati laman blog yg telah dikemas kini! Terima kasih atas sokongan anda selama ini!

 

Nik Nur Madihah comes to AMPAC!!

9.9.09 – Tarikh keramat yang sukar dilupakan. Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (dan mungkin juga di hospital-hospital lain di seluruh dunia), ramai ibu-ibu yang beratur untuk melahirkan anak pada hari tersebut. Cantik tarikhnya. Kalau terlupa juga bila birthday anak, jawabnya anda memang teruk! Di China, ramai pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut yang pada perkiraan mereka, nombor 9 itu membawa maksud umur yang panjang.

Me, My Lovely Wife and Impressive Madihah!

Me, My Lovely Wife and Impressive Madihah!

Apa-apa pun, 9.9.09 yang lepas merupakan hari yang istimewa buat Badr. Mana tidaknya, Badr berpeluang untuk bersama dengan Pelajar Cemerlang SPM 2008, Adik Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd. Kamal dan ibu bapa beliau di AMPAC. Ya, Madihah dan keluarganya berkunjung ke AMPAC atas jemputan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah!

Read the rest of this entry »

Splendid! KGB Gen-2 Rocks!

Karnival Generasi Berilmu Gen-2 telah pun berakhir. Dan yang menariknya, ia berakhir dengan jayanya! Tahniah kepada semua yang menjayakan program gilang gemilang ini ye! Congrats to all AMPAC Team!

Banyak benda telah dipelajari sepanjang persediaan dan pelaksanaan program ini. Tapi seperti biasa, APA YG PENTING? KERJASAMA! Hehehe…

During KGB

Demo Blindfold Chess

 Banyak aktiviti menarik dipaparkan kepada umum. Antaranya ialah Seminar Bijak Berbicara, Brilliant Students’ Skills Demo Session, English Sure Boleh Seminar, English Zone Challenge, Demo Intelligent Chess (main sambil tutup mata tu!), Demo Aikido, Seminar Usahawan Dirancang, Seminar Visioning, Hari Usahawan Muda, The Apprentice, dan Majlis Graduasi AMPAC!

Read the rest of this entry »

Launching My 2nd Book!!

Assalamualaikum w.b.t.,

InsyaAllah, I will launch my second book; CATATAN BRILLIANT STUDENTS this thursday at Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri in conjunction with Seminar Pecutan Akhir UPSR.

In this book, u’ll find why and how a normal student can be transformed to a Brilliant Student. It is a story book… a supermini novel i should say… Not boring! Not expensive! 

Hehe…Finally!

Badr : Promotional price…RM3 ONLY!!! (giler murah!)

Karnival Generasi Berilmu….What a memory!

Alhamdulillah, akhirnya Karnival Generasi Berilmu (KGB) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini sesungguhnya amat bermakna untuk semua khususnya AMPACers yang telah bertungkus lumus menjayakan KGB ini.

Bayangkan para AMPACers menguasai tingkat bawah PKNS dengan gerainya di pintu masuk utama dan pelbagai pertandingan dan persembahan di pentas utama PKNS Bangi.

Alhamdulillah Badr sendiri berpuas hati dengan perjalanan program ini dan alhamdulillah Badr sendiri telah mempelajari pelbagai perkara. Dan yang menariknya, kalau ada rezeki, bulan 6 ini AMPAC akan dipanggil semula mengendalikan program di PKNS Bangi.

Dan menerusiKGB juga, kami adakan Majlis Graduasi AMPAC ke-3 bagi meraikan AMPACers 4,5,6 dan AMPACers Intermediate 1 yang telah tamat latihan mereka. Wah, bukan main glamor lagi AMPACers hari tu… Hehe… Tahniah ye semua!

Mudah-mudahan Karnival Generasi Berilmu ini mampu memanifestasikan generasi yang berilmu, beriman dan beramal! Takbirr!!

Badr : Banyak giler gambar-gambar sepanjang Karnival Generasi Berilmu ni… Sampai tak tahu nak letak yg mana…

Karnival Generasi Berilmu 2009!

Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan PKNS Bangi akan menganjurkan KARNIVAL GENERASI BERILMU 2009 (KGB 2009) pada

Tarikh : 28 Feb & 1 Mac 2009
Tempat : Kompleks PKNS Bangi
Masa : 10 pagi – 10 mlm

Sepanjang KGB 2009, pelbagai aktiviti, pertandingan dan persembahan akan dilaksanakan. Antaranya ialah :

1) Hari Usahawan Muda
2) Pertandingan Pidato Palestin
3) Pertandingan Catur
4) General Knowledge Contest
5) Story Telling Corner
6) Majlis Graduasi AMPAC
7) Demonstrasi Aikido

Program-program ini dilaksanakan bersempena dengan Pesta Buku Bangi Bandar Ilmu yang telah pun berlangsung sejak 18 Feb yang lepas.

Jom kita sama-sama hadiri karnival ini. Anda pasti mendapat pelbagai manfaat di samping menyokong usahawan remaja! Jom ke KGB 2009!

Badr : Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kgb2009.wordpress.com

Panggilan yang tak dapat ditolak…

Salam…maaf kerana tak mampu untuk mencoret walau sepatah dua di sini sejak kebelakangan ni… Macam-macam berlaku… Meh Badr nak cerita… 

 Photobucket

Sedang Badr tengah sibuk mempersiapkan diri dan minda untuk ceramah pertama 2009 di SK Bandar Baru Bangi, tiba-tiba Badr dapat panggilan daripada En. Rahman, Pengarah Urusan Az-Zahrah…

“Badr boleh tak jadi MC untuk program Aman Palestin di  Stadium Malawati Shah Alam hari Sabtu ni?” Ha? Biar betul! Tinggal dua hari saja lagi. Besides, I still have my program with SKBBB on Friday!  Read the rest of this entry »