Nik Nur Madihah comes to AMPAC!!

9.9.09 – Tarikh keramat yang sukar dilupakan. Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (dan mungkin juga di hospital-hospital lain di seluruh dunia), ramai ibu-ibu yang beratur untuk melahirkan anak pada hari tersebut. Cantik tarikhnya. Kalau terlupa juga bila birthday anak, jawabnya anda memang teruk! Di China, ramai pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut yang pada perkiraan mereka, nombor 9 itu membawa maksud umur yang panjang.

Me, My Lovely Wife and Impressive Madihah!

Me, My Lovely Wife and Impressive Madihah!

Apa-apa pun, 9.9.09 yang lepas merupakan hari yang istimewa buat Badr. Mana tidaknya, Badr berpeluang untuk bersama dengan Pelajar Cemerlang SPM 2008, Adik Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd. Kamal dan ibu bapa beliau di AMPAC. Ya, Madihah dan keluarganya berkunjung ke AMPAC atas jemputan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah!

Badr tidak suka memuji manusia, tapi Badr kagum dengan peribadi Madihah dan ibu bapanya. Dari pagi sampai ke petang, banyak betul Badr pelajari daripada kehidupan seorang pelajar cemerlang yang lahir dari keluarga nelayan ini.

Bukan setakat Madihah, malah bapanya, Pok Nik, turut berkongsi pelbagai rahsia kejayaan dengan Badr secara personal. Fuh, memang minda Badr terbuka betul pada petang tersebut. Tak sangka, seorang nelayan memiliki formula kejayaan hidup yang hebat.

En. Nik Mohd. Kamal & Badrul Sani

En. Nik Mohd. Kamal & Badrul Sani

Selama ini mungkin kita melihat orang yang berkereta besar dan berpangkat besar serta mempunyai gelaran doktor/professor sebagai role model dan ikutan kita. Kita ingin jadi seperti mereka. Tetapi 9.9.09 berjaya mengubah persepsi Badr terhadap hidup dan dunia! Subhanallah. Terima kasih Pok Nik atas nasihat dan rahsia yang dikongsi bersama.

Ibunya, Ummi, seorang yg agak pemalu untuk berbicara. Tapi butir katanya penuh dengan hikmah. Badr sentiasa mengingatkan diri Badr bahawa yang ada di depan aku ini bukannya mereka yang bercakap atas kajian (yg kononnya hebat) atau berbicara mengikut buku (silabus ciptaan manusia), tetapi mereka memberitahu perkara berdasarkan pengalaman. Dan sememangnya ia amat praktikal!!!

Tidak lekang dari mulut tiga beranak ini mengingatkan kami tentang dua perkara yakni, hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Sesungguhnya rahsia kejayaan mereka ini bukannya atas prinsip duniawi tetapi ditunjangi akar ukhrawi yang amat kukuh. Inilah yang kita mahukan dalam diri umat Islam khususnya remaja masa kini!

Badr bersyukur sangat atas pertemuan ini. Dan mudah-mudahan Nik Nur Madihah akan kembali ke AMPAC untuk berkongsi lebih banyak permata ilmu bersama AMPACers. Kami tak puas mendengar butir bicara mu…

Dan insyaAllah, Madihah akan terbang ke Jordan beberapa hari lagi bagi melanjutkan pelajarannya di sana. Kami doakan Madihah selamat dan sentiasa dipelihara Allah daripada anasir-anasir jahat di mana-mana dan bila-bila Madihah berada. Ameen ya rabbal alameen.

Badr : Semoga Madihah berjaya menjadi Ahli Fizik Islamis!

2 Responses to “Nik Nur Madihah comes to AMPAC!!”

  1. Farish Says:

    lo..abg bad xgitau plak nik nur madihah dtg ampac..ni yg sedih ni..

  2. safa Says:

    assalam.
    Sy sangat kagum dengan ilmu, bakat serta kelantangan suara abg. bad… Bisa menggegar dunia. Harap2 dpt mencedok ilmu dari abg bad demi menegakkan kalimah tauhid di bumi Allah ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: