Momentum Mesti Dijana & Dijaga!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Badr ini ingin berbicara tentang momentum. Ramai yang tahu maksud momentum cuma kali ini apa yang Badr ingin perkatakan adalah kaedah memanfaatkan momentum dalam kehidupan kita sbg manusia juara.

Ramai di antara kita yang suka buat kerja sikit-sikit kemudian berhenti, buat benda lain pulak. Lepas tu, dah lama sikit, sambung balik kerja yang mula-mula tadi tu. Memang tidak disangkal pepatah Melayu ada mengatakan, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit… Tapi prinsip Melayu moden perlu diubah menjadi, “buat sikit-sikit memang pasti hilang momentumnya!” Heheh..

Ya, dengan melakukan sesuatu secara tidak konsisten mampu menamatkan riwayat usaha tersebut. Contoh, jika anda menulis buku, dan tulisan anda dibuat secara tidak istiqamah, percayalah, buku tersebut hanya akan tinggal sebagai coretan pendahuluan dan bab pertama! Kenapa ye? Kerana momentum anda hilang setiap kali anda berhenti untuk menangguhkan sesuatu. 

Jadi apa yang patut anda lakukan? Mudah, kenalpasti apakah misi anda yang terpenting. Kemudian anda laksanakan misi tersebut secara all out, sungguh-sungguh dan berterusan. Ini dapat mengubah inersia anda, dan menjadikan anda memiliki momentum, tenaga dan motivasi untuk menyiapkan sesuatu misi itu!

Tak percaya? Cuba anda kenangkan kembali… berapa banyak usaha anda tergendala akibat anda menangguhnya. Berapa banyak rancangan yang berjalan sekerat jalan hanya kerana anda tidak fokus menjayakannya. Dan berapa belas impian anda hanya tinggal mimpi dek kerana tidak diikuti dengan tindakan konsisten dan efektif. Kerana anda tidak bermomentum!

Anda tau kenapa? Kerana apabila anda menangguhkan sesuatu perkara, anda perlukan mood  untuk memulakannya semula. Dan satu lagi masalah, apabila anda ingin menyambungnya semula, anda terpaksa melihat status kerja anda, di mana anda berhenti dan anda perlu pula menyesuaikan diri anda dengan situasi ketika itu. Ini menyebabkan anda kembali dalam keadaan inersia dan mengambil masa untuk membina semula momentum.

Orang yang kuat, akan meneruskannya..tetapi lambatlah kerja itu disempurnakan. Orang yang lemah, akan give up dan terus menguburkan kerja tersebut tanpa memandangnya lagi. Kerana secara tidak sedar mereka malas untuk membina momentum setiap kali ingin memulakan kembali kerja tersebut. Mereka terperangkap dalam penjara inersia.

Jadi, untuk menjadi manusia yang cemerlang dan senantiasa beres tugas serta amanahnya, apakata anda mengambil nasihat ini dengan sebaiknya.

Setiap kali anda berasa penat kemudian berehat, kembalikan motivasi diri anda… Ucapkan dengan kuat, “aku mesti siapkan! aku mesti siapkan! aku mesti siapkan!” InsyaAllah, tindakan anda akan menuju ke arah pencapaian. “Back to work!” pun boleh guna…Terpulang kepada citarasa anda!

Jadi, buatlah satu perkara itu dengan sungguh-sungguh dan jangan beri ruang untuk bertangguh. Ingat, momentum apabila tercetus akan menyebabkan semangat dan tenaga anda meletus…tapi jika momentum diketepikan, inersia pasti tampil menyusahkan!

Badr : Momentum! Momentum! Momentum!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: