Rugikah Anda Berfikiran Positif?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!

Rugikah anda jika berfikiran positif? Rugikah anda jika anda sentiasa mengambil hikmah disebalik musibah yang melanda? Rugikah anda jika acap kali terpaksa bersabar meskipun masalah membebankan hidup anda?

Jawapannya adalah TIDAK! Malah jika anda berfikiran positif, andalah manusia yang paling untung dan paling bahagia di dunia!

Pemikiran negatif kerap menutup peluang yang hadir dalam hidup kita. Dengan berfikiran negatif, anda akan dipengaruhi nafsu, dirantai perasaan marah dan dibelenggu daripada berfikir dengan baik. Dan akhirnya, masalah yang menimpa anda akan terus menjadi sesuatu yang membebankan!

Jika anda berfikiran positif, anda sebenarnya bakal menjadikan masalah yang menimpa sebagai batu loncatan untuk terus berjaya. Anda bakal menjadikan masalah sebagai cabaran dan peluang. Anda juga bakal menyebabkan masalah itu menjadi sesuatu yang dihargai.

Sebab itu anda untung jika berfikiran positif!

Sama ada anda perasan atau tidak, pemikiran negatif sering membutakan mata anda daripada peluang yang menyorok di sebalik nama masalah. Malah perniagaan-perniagaan terhebat di dunia juga sebenarnya lahir daripada masalah besar yang dihadapi oleh semua manusia.

Contohnya, air-cond yang dicipta kerana masalah suhu yang tinggi, kereta yang direka kerana masalah untuk bergerak ke sesuatu tempat, jam yang dibuat kerana masalah penentuan waktu… dan semua perniagaan ini menjadi gergasi hasil daripada ahli-ahli perniagaannya yang berfikiran positif terhadap masalah yang dihadapi. Mereka sedar masalah itu cuma topeng yang menyembunyikan wajah yang sebenar iaitu peluang!

Jadi apa tunggu lagi, hari ini jom kita fokus untuk melihat semua benda daripada aspek positif. Semua situasi dan perkara yang berlaku hari ini kita pandang sebagai positif sahaja. Boleh? Dan percayalah hari ini akan menjadi ceria berbanding hari-hari yang lain.

Badr : It’s All About Your Mind! It’s already in there. Just think positively!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: