Holiday! Holiday! Holiday!

Ada orang cakap, holiday ni buang duit…ada yang kata buang masa… Dan Badr setuju dengan kata-kata mereka ini sehinggalah pada satu hari tu, Badr ‘terpaksa’ mengikuti sebuah percutian percuma di Sydney, Australia.

Waktu tu baru Badr tahu sebenarnya holiday ini adalah satu keperluan dan bukan semata-mata lambang kemewahan. Semua orang, (and i mean it), semua orang perlu bercuti. Sebab bercuti boleh jadi titik tolak perubahan diri atau minda anda terhadap sesuatu perkara. Contohnya, ketika anda bercuti, mungkin anda belajar sesuatu yang baru. Atau berlaku sesuatu peristiwa yang akhirnya membuka minda anda sebagai manusia.

Badr sendiri pernah alami. Apabila melihat orang putih yang tiada tauhidnya kepada Yang Maha Esa, mempamerkan kebersihan yang jauh lebih bagus daripada negara yang mengaku keIslamannya. Secara tak langsung, Badr tersedar bahawa kita ini masih ketinggalan di belakang mereka.

Dan dengan bercuti, anda juga bakal merehatkan tubuh badan dan yang paling pentingnya ialah MINDA. Yup, minda juga perlukan rehat. Dan percayalah dengan rehat yang cukup dan berkualiti, anda akan menjadi anda yang baru sebaik sahaja anda memulakan kerja.

 Cameron Highland

Cuma satu sahaja yang perlu anda ingat, apabila bercuti, bercutilah habis-habisan. Elakkanlah daripada bekerja sambil bercuti. Mood anda pasti lari. Keseronokan turut terhakis dan akhirnya percutian anda tidak bermakna. Melainkan ada berlakunya kecemasan, lupakan sebentar tugas anda di pejabat dan fokus untuk merelakskan tubuh badan.

Baru-baru ini, Badr sekeluarga meluangkan sedikit masa di Cameron Highland. Baru Badr sedar yang Badr tak pernah pergi pun ke tanah tinggi ini. Cuaca yang sunyi daripada panas terik, bayu yang tenang dan dingin, pemandangan yang bersaujana membuatkan percutian kami bertiga mencapai apa yang dicitakan. Sempena hari bapa dan hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta, kami berehat di Casa de la Rosa di Tanah Rata, Cameron Highland.

Memang duit kena keluar, tapi apa yang diperoleh adalah sesuatu yang duit tidak dapat beli di kedai-kedai. Quality time bersama keluarga amat bermakna…

cameron

Dan sekarang ni pula, Badr dan AMPACorporates yang lain sedang sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi AMPAC Grand Bonding yang bakal diadakan esok di Kampus PTS, Janda Baik, Pahang. Alhamdulillah, HOLIDAY lagi! Hehe…

Jadi, jika anda rasakan anda perlu bercuti, pergilah bercuti… Kerana anda mungkin menjadi anda yang baru dan lebih dinamik dalam kareer anda!

Badr : Hotel kat sana takde air-cond… dah memang sejuk…huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: