2 Dunia Berbeza… Anda perlu pantas!

Salam semua,
Cuma nak berkongsi sedikit pengalaman yang Badr lalui baru-baru ini.. Perkongsian yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjadi Pembicara Gemilang…

Badr telah diamanahkan untuk mengendalikan seminar separuh hari bersama 240 orang pelajar tahun 6 di SK Desa Baiduri bermula jam 830am sehinggalah 1230pm.

Seperti biasa, untuk memastikan mesej diterima dan nasihat dicerna, Badr menggunakan approach yang sepatutnya dengan para calon UPSR tersebut. Ego terpaksa diturun, perasaan malu tidak boleh terlalu meruntun dan yang paling penting mesti sporting dengan penonton.

 

Lompat, lari, duduk, menari…semua dilakukan dengan jayanya..hehe…

Dan alhamdulillah, seminar itu meninggalkan impak kepada para peserta!

Kemudian, setelah selesai berseminar di sekolah rendah, malam itu Badr juga dijemput untuk memberikan ceramah kerohanian di INTAN, Bukit Kiara bersama 300 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Haaa…waktu inilah yang kritikal. Kita perlu pantas! Yup, mesti cepat untuk menukar ‘mindsetting’ dan ‘attitude.’  Kita tidak boleh menggunakan approach yang sebijik untuk pelajar sekolah rendah apabila berdepan dengan para PTD!

Jadi cara yang terbaik adalah, setelah tamat seminar di sekolah itu, Badr berehat untuk seketika. Tutup mata dan mula membayangkan apa yang akan berlaku dalam ceramah bersama PTD itu. Dan imaginasi ini membayangkan approach yang berbeza dengan seminar UPSR yang telah berlalu tadi.

Dengan teknik imaginasi ini, sekurang-kurangnya anda sudah memulakan sesuatu dengan fresh dan segar! Dan yang paling penting anda akan menjadi anda yang baru untuk menyesuaikan dengan suasana yang baru itu!

Ingat, approach atau pendekatan dalam bicara perlu ada perbezaan khususnya apabila melibatkan jurang umur dan akademik yang besar…

Badr : Sempat berjumpa dengan rakan sekelas yang dah jadi PTD!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: