Mencipta Peluang…Bukannya susah!

Berikut merupakan ayat-ayat standard tentang PELUANG…

“Saya takde peluang…”
“Kalau diberi peluang, insyaAllah saya boleh lakukan…”
“Nanti kita tunggu peluang yang sesuai…”

Tapi sebenarnya, berikut adalah fakta tentang PELUANG…

“Peluang dicipta bukan diminta”

Ya, peluang bukan datang bergolek. Peluang muncul bersama konsep tawakal. Peluang juga muncul dengan kaedah berfikiran positif.

Bercakap tentang konsep tawakal, apabila kita berdoa, berusaha dan kemudiannya menyerahkan segala-galanya kepada Allah, insyaAllah peluang yang dicari pasti muncul.

Dan apabila bercakap tentang kaedah berfikiran positif, memang benar, apabila anda berfikiran positif, anda sebenarnya sedang mencipta peluang!

Perhatikan betul-betul masalah anda... Ia mungkin PELUANG!

 Apabila setiap masalah dilihat akan hikmahnya, anda pasti menjadi semakin hebat setiap kali masalah itu diatasi.

Kadangkala peluang ini berselindung di sebalik cabaran dan masalah. Dan kain yang menutup peluang ini dapat disingkap hanya apabila kita melihat masalah tersebut dari sudut yang positif.

Jika anda renung apa yang Badr ungkapkan ini, anda pasti mengangguk setuju. Dan jika anda tidak bersetuju sekalipun, dunia sudah pun bersetuju dengan menampakkan contoh-contoh betapa perniagaan yang besar-besar pada hari ini adalah lahir daripada masalah yang melanda.

Mereka bangun dan kukuh tatkala cabaran menggila kerana mereka melihat cabaran itu dengan mata hati sebagai peluang.

Jenayah semakin banyak di Malaysia. Ada orang nampak ini peluang untuk berjaya dalam bisnes sekuriti.  Kapal terbang terkandas di lapangan terbang. Ada orang nampak ini peluang untuk perbanyakkan rakan dan kenalan.

Ekonomi hari ini teruk. Ada orang nampak ini peluang untuk jual produk tentang kaedah nak buat duit. Pengangguran semakin berleluasa. Ada orang nampak ini masanya untuk bina perniagaan MLM dengan jayanya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah setiap masalah yang hadir dianggap masalah? Ataupun anda bijak memerhatikan peluang yg acap kali bersembunyi di sebaliknya…?

Badr : Cabaran itu Peluang. 

 

One Response to “Mencipta Peluang…Bukannya susah!”

  1. Fitri Shukri Says:

    Salam Badrul, lama saya tak jengah laman blog Bad. Just nak tambah :

    OPPORTUNITY ALWAYS COME THROUGH THE BACKDOOR!

    Renungkan kata-kata Almarhum Prof Dr Hamka :
    “Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba… datang tidak menentu masa… datang di saat kita kesimpitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: