Sesuaikan Diri Dengan Lokasi!

Untuk menjadi Pembicara Gemilang, anda bukan sekadar menyampaikan apa yang ada di dalam minda… Anda mungkin telah merancang pelbagai perkara untuk disampai dan dilakukan dalam ucapan atau ceramah anda… Tapi sehebat mana pun pelan anda, anda mesti fokus terhadap prinsip ini : SESUAIKAN DIRI DENGAN LOKASI!

Lokasi atau tempat anda menyampaikan bicara memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan bicara anda hebat dan mencapai matlamat. Dan anda sebagai Pembicara Gemilang perlu melihat sifat lokasi tersebut dan yang paling penting, anda perlu cepat menyesuaikan diri dengan tempat tersebut.

Sebagai contoh, Badr pernah dijemput oleh Kelab Debat UIAM untuk berkongsi pengalaman bersama pendebat-pendebat muda di sana. Yang menariknya, apabila tiba di sana, terdapat sedikit masalah teknikal yang menyebabkan LCD Projektor tidak boleh dipancarkan ke depan melainkan ke arah dinding tepi bilik sahaja…

 

Hehehe, kalau Badr panik malam tu, mesti segala-galanya hancur. Tapi dengan berpegang dengan prinsip SESUAIKAN DIRI DENGAN LOKASI, Badr teruskan dengan membuat diri Badr dan audiens selesa dengan pancaran LCD di dinding bilik kuliah…

Contoh terbaru, sewaktu program di Sg. Siput bersama Coach Sha & Coach Ridz. Berdepan dengan 300 orang pelajar di dalam dewan yang cantik merupakan satu pengalaman yang menarik. Tetapi apabila lantai dewan terlalu licin, ini menyebabkan kami tidak dapat nak bergerak bebas dan ganas. Akhirnya, apa yang Badr lakukan? Jeng, jeng, jeng….

Hehehe…Pakai slipper Croc tuh! Hehehe…Falsafahnya mudah, biar malu sebab pakai slipper daripada malu sebab jatuh dpn orang ramai…Hehe… Dan alhamdulillah, walaupun smart bersongkok, berblazer dan tiba-tiba berslipper, program 2 hari tersebut menjadi salah satu program yang Badr tak dapat lupakan…So wonderful. Especially when I got the chance to learn from my well experienced Coach Sha and Coach Ridz. Thanks sis and bro!

Moral of the story, janganlah anda terlalu menjaga ‘status’ sehingga lupa bahawa lokasi memainkan peranan yang cukup penting. Jadi, SESUAIKANLAH DIRI DENGAN LOKASI!

Badr : Sg. Siput Rocks…Especially waktu menyanyi lagu twinkle2 dalam bahasa Perak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: