Remaja Kita Perlukan “Multi-Intelligence”

Remaja kita ramai yang terkandas bukan dek kerana minda yang tumpul dan akal yang lemah. Tetapi kerana masyarakat pada hari ini cenderung mengadili seseorang individu itu berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata.

Sedangkan manusia dicipta bersama keunikannya tersendiri. Ada di kalangan kita yang selesa belajar menggunakan buku dan ada juga di kalangan kita hanya mampu menimba ilmu menerusi aktiviti praktikal. Ada yang suka berbincang masalah dengan orang lain dan ada yang sekadar menyimpan di dalam hati.

Ada yang suka mendengar daripada melihat. Tidak kurang juga yang lebih gemar bersukan daripada menjadi ulat buku.

Perbezaan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Cuma malangnya pada hari ini mereka yang cemerlang didefinisikan menerusi bilangan ‘A’ nya sahaja. Apa akan jadi dengan para remaja yang dilahirkan hebat dalam aspek lain dan bukannya akademik? Apa nasib mereka? Tentunya dicop sebagai tidak bijak, tidak berkualiti dan tidak berguna untuk masyarakat…

 

Inilah ketidakadilan yang berlaku. Bukan sekadar mengungkap masalah malah mengheret ratusan ribu remaja mensia-siakan potensi diri yang sebenarnya lebih besar. Cuma kebetulan akademiknya kurang menyerlah.

Baiklah, memandangkan masyarakat kita suka akan akademik, mari kita berbicara kajian akademik yang telah dilakukan oleh Prof. Howard Gardner dari University Harvard. Menerusi kajian yang dilakukan, sebenarnya manusia ini memiliki 9 kepintaran. Dan kepintaran akademik hanyalah salah satu daripada 9 kepintaran tersebut!

Antara kepintaran tersebut ialah Self Smart, Body Smart, People Smart, Word Smart, Musical Smart, Naturalist Smart, Reasoning Smart, Picture Smart dan Spiritual Smart.

Remaja yang cemerlang sebenarnya adalah remaja yang cemerlang dan seimbang dalam kesembilan kepintaran tersebut. Kecemerlangan ini bukan sekadar untuk meraih belasan A dalam SPM semata-mata, tetapi juga untuk hidup sebagai manusia yang hebat!

Justeru, remaja hari ini wajib mempelajari kemahiran-kemahiran insaniah (softskills) jika betul-betul ingin menjamin survival mereka pada masa akan datang. Garaplah kemahiran merancang, kemahiran menguruskan masa, kemahiran memimpin, kemahiran pengucapan awam, kemahiran berbicara dan pelbagai lagi kemahiran penting yang lain.

Sejarah juga telah membuktikan, orang-orang yang berjaya ini tidak semestinya cemerlang dalam akademik. Tetapi mereka ini adalah orang yang berilmu dan beramal dalam dunia masing-masing. Mereka tidak terlalu terikat dengan aturan akademik sekolah. Dan yang paling penting, mereka ini berjaya kerana menguasai 9 kepintaran.

Contoh mudah, berapa ramai graduan pada hari ini yang berkelulusan tinggi tapi akhirnya tersadai menganggur dek kerana kegagalan menghadapi temuduga dengan berkesan? Puncanya adalah kekurangan ilmu dan kemahiran komunikasi. Janganlah nanti remaja kita digelar sekadar hebat di atas kertas…

Ayuh masyarakat yang berilmu, kita lonjakkan ummah dengan memandu para remaja kita ke arah landasan yang terbaik. Ingat, jika kita inginkan kemakmuran agama, bangsa dan negara pada esok hari, bajailah kehebatan remaja pada hari ini.

InsyaAllah, ini bakal menjadi pelaburan yang cukup menguntungkan di dunia dan juga akhirat kelak.

www.ampac-academy.com

 

2 Responses to “Remaja Kita Perlukan “Multi-Intelligence””

  1. Hidet Says:

    Salam.

    Setuju dengan posting ini. Dan bukan sahaja para remaja kita, malah org dewasa kita jugak perlu di“Multi-Intelligence”kan.
    Semoga sentiasa ceria dan succes selalu.

    Regard

    • badrulsani Says:

      Salam. Thanks for the fair comment. Yes, i absolutely agree with…Orang dewasa pun masih ramai yang tidak menyedari akan kepentingan multi-intelligence ni, apatah lagi menguasainya. InsyaAllah, sama-sama kita bangunkan masyarakat hari ini…TQ


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: