Najib – Jgn Asyik Bernostalgia…

Hari ini YAB Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib mengingatkan para ahli UMNO agar jangan asyik bernostalgia… Badr amat tertarik dgn frasa ini sbb sedar atau tidak, banyak di kalangan kita yang tidak mampu cemerlang kerana sikap ini… ASYIK BERNOSTALGIA.

Sikap negatif ini bermaksud kita ini terlalu mengagung-agungkan kisah silam sehingga kita larut di dalamnya. Kita dirantai oleh sejarah gemilang yang menyebabkan perancangan masa depan diketepikan. Kita berasa terlalu syok dan seronok sehinggakan kita terbawa-bawa kegembiraan tersebut walaupun kejayaan tersebut telah berkurun lamanya…

Badr bercakap ini atas pengalaman diri sendiri… Selepas menang pertandingan syarahan kebangsaan dulu, memang rasa diri ni dah cukup bagus. Dah tercapai apa yang diimpikan.

Walaubagaimanapun, mimpi indah ini tergugat apabila Badr dijemput buat kali pertamanya untuk memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 1 & 2.

Tatkala itu, Badr baru terfikir, diorg ni bukannya ambil peduli sangat aku ni johan kebangsaan ataupun tidak. Yang diorg concern adalah adakah ceramah kali ini mampu menyentuh jiwa dan perasaan..ataupun sekadar ceramah biasa yang membosankan…

Atas kesedaran dan kerisauan ini, Badr tolak ketepi gelaran johan itu untuk memberi ruang Badr membuat perancangan dan persediaan rapi untuk ceramah pertama dalam hidup Badr itu. Alhamdulillah, pada usia 17 tahun ketika itu, ceramah yang disampaikan mendapat feedback yg cukup baik daripada penganjur dan penonton…

Badr boleh bayangkan, jika Badr masih terawang-awang dalam sejarah kemenangan…pasti Badr merasakan semua penonton perlu memberikan perhatian kerana yang bercakap ini johan kebangsaan! Pasti Badr akan perasan bagus sehingga persiapan pun tak dilakukan… Pasti Badr akan menyalahkan orang lain jika respon yg diperoleh negatif dan tidak sedap telinga mendengarnya… Pasti ini semua berlaku jika Badr asyik bernostalgia…

Jadi secara kesimpulan, tidak salah kita mengingati kejayaan kita. Tapi jadikan ia pengajaran, petunjuk dan tauladan… Bukannya karpet merah untuk bermegah atau tilam empuk untuk menyambung tiduran indah…

Yang penting, bukan sejarah yang telah tercatat tetapi sejarah yang BAKAL DILAKARJangan ASYIK BERNOSTALGIA, bangkit dan terus berjuang dan berjuang!

Badr : Orang bukan peduli kita kurus atau tidak waktu dulu… Yang orang nampak kita sekarang ni gemuk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: