Jangan sampai lemas!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini Badr ingin berbicara tentang amaran “JANGAN SAMPAI LEMAS.”

 

Bagi yang tak tahu berenang, seeloknya belajarlah berenang sebelum terlambat. Sukan renang ini dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah semata-mata saranan malah terbukti secara praktikalnya memberikan kesan yang cukup besar untuk kesihatan dan hidup kita.

Malangnya, ramai orang Islam kini yang kononnya pengikut setia Nabi Muhammad tidak mengendahkan saranannya malah mengambil mudah setiap sabda baginda. Sedangkan puak-puak Yahudi sememangnya menggunakan nasihat-nasihat baginda dalam mendidik anak mereka.

Contohnya orang Yahudi mendidik anak-anak mereka sejak kecil dengan kemahiran berenang dan bermain kuda. Mereka beri anak mereka makan kurma dan badam. Mereka tidak merokok walaupun mereka ialah pengeluar rokok dunia. Mereka libatkan anak-anak mereka dalam dunia perniagaan seawal usia yang mungkin. Mereka makan buah terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berat.

Dan mereka juga banyak mengaplikasikan hadis-hadis Nabi dalam kehidupan mereka sehinggalah mereka ini dikenali sebagai manusia yang bijak, rajin dan produktif!

Kita begitu bersemangat dalam menentang Yahudi terutamanya Zionis Israel di Palestin. Tetapi petua, nasihat dan ajaran Nabi Muhammad, kita tidak junjung dan dukung. Mana mungkin kita mampu menewaskan mereka dengan fahaman sekularisme (mengasingkan agama dengan hal ehwal kehidupan) yang semakin menular dalam masyarakat kita pada hari ini!

Mana keyakinan kita terhadap Nabi? Mana kekuatan iman kita kepada Rasul? Mana bukti yang kita ini benar Muslim dan Mukmin?

Ayuhal Muslimun…

Jom sama-sama kita mendalami segala suruhan, saranan dan nasihat Nabi Muhammad s.a.w.. Kita pegang betul-betul dan kita peluk sungguh-sungguh akan sabdanya. Biarlah kita sentiasa berhubung dengan sunnahnya, JANGAN SAMPAI LEMAS dalam kekalutan duniawi yang menggila!

Badr : Belajar berenang sendiri… Just do it!

One Response to “Jangan sampai lemas!!!”

  1. Masrule Hamid Says:

    Good information & keep ur good works!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: