Sudah Sunnah Orang Berjuang…

Perjuangan… Satu kalimah yang mudah meniti bibir tetapi sukar untuk dihidupkan dalam tindakan… Namun perjuangan harus diteruskan. Ia tidak terbayar dengan wang ringgit…namun ia berbaloi dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Yang Maha Esa…

 

Untuk berjuang, kerap kali kita perlu berkorban. Berkorban masa, wang ringgit dan tenaga. Pengorbanan ini kadangkala memeritkan… kadangkala membebankan… dan kerapkali mencabar minda dan jiwa…

Usah diimpikan perjuangan yang selesa dan santai… Terimalah akan kenyataan bahawa perjuangan perlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Justeru, janganlah anda berputus asa jika perjuangan anda dirintangi cabaran dan masalah. Kerana inilah PROSES untuk mematangkan anda sebagai manusia yang berjiwa merdeka.

Persoalan ini bermain di minda Badr tatkala Badr terpaksa ‘mengorbankan’ hari yang cukup istimewa bersama keluarga. 7 Feb 2009 merupakan ulangtahun pertama perkahwinan Badr dan Raidah.

Namun hari itu, Badr begitu sibuk mempersiapkan diri untuk program Selamatkan Gaza di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Sehinggakan tidak sempat untuk meraikan hari bersejarah tersebut…

Alhamdulillah, Raidah amat memahami. Walaubagaimanapun, Badr tidak ‘take for granted’ dengan keprihatinan isteri tercinta ini. Dalam kekalutan hari tersebut, Badr bergegas ke Secret Recipe dan mendapatkan kek kesukaan kami, Chocolate Indulgence. Dengan senyap-senyap, Badr pulang ke rumah dan buat ‘suprise!’

Walaupun tidak lama, detik tersebut merupakan saat yang amat menggembirakan kami yang baru membina istana selama setahun. Dan yang menariknya, anniversary ini disambut berTIGA! Daniel is the best gift for our anniversary!

Kemudian, Badr terus bergegas melaksanakan tugas. Dan dalam hati Badr terdetik…SUDAH SUNNAH ORANG BERJUANG…  

Dan apalah sangat pengorbanan ini jika dibandingkan dengan pengorbanan pejuang-pejuang yang lain. Yang lebih hebat dan tinggi tahap pengorbanannya.

Teruskan berjuang dan sesungguhnya perjuangan belum selesai…

Badr : Alhamdulillah, Allah mengurniakan hadiah ulangtahun perkahwinan kami dengan peluang untuk Badr berkhidmat untuk selamatkan Gaza…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: