Remaja Selamatkan Gaza!

Tamatnya program Selamatkan Gaza di Stadium Malawati, S.Alam tempoh hari tidak bersama dengan tamatnya semangat untuk terus menyelamatkan Gaza. Dengan semangat yang masih merah membakar, program Remaja Selamatkan Gaza anjuran AMPAC diadakan genap 7 hari selepas program raksasa Aman Palestin diadakan.

 

Meskipun bilangan yang hadir tidak seramai di stadium, tapi suasana dan semangat yang wujud tidak kurang bezanya! Ditunjangi dengan pidato-pidato bersemangat daripada para jurulatih AMPAC, program turut disulami dengan tayangan video, persembahan pidato dan sajak untuk Palestin.

Yang menariknya, ada juga sesi ekspresi dirimu yang menampilkan para AMPACers untuk berbicara di hadapan secara spontan bagi melahirkan apa yg terbuku di hati. Dan lebih menarik apabila program ini juga mempunyai upacara menghina negara haram Israel dan pemimpin-pemimpinnya!

Bendera negara zionis itu dipijak, diconteng dan dibelasah sehingga terkoyak! Wajah-wajah Olmert, Bush dan Tzipi dilekatkan di punching bag dan kemudian hancur ditumbuk dan diterajang tentera-tentera muda Muhammad s.a.w. dengan semangat untuk menghancurkan Israel!

Doa untuk keselamatan para mujahidin di Palestin kemudiannya mengakhiri sesi Remaja Selamatkan Gaza.  Dengan titisan air mata kesedihan bercampur pengharapan, para AMPACers menetapkan wawasan untuk terus membantu mewujudkan keamanan di Palestin dan menyumbang ke arah kejatuhan negara haram zionis Israel!

Berikut adalah 3 resolusi yang diputuskan dalam program Remaja Selamatkan Gaza :

1) Memboikot habis-habis produk pro-Israel
2) Menyebarkan risalah tentang isu Palestin (di sekolah/kejiranan)
3) Mendapatkan derma untuk Palestin sekurang-kurangnya RM20!

InsyaAllah, program ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman syaitan-syaitan Yahudi dan sekutu-sekutunya. Takbir!

Badr : Tentera Muhammad pasti kembali!

3 Responses to “Remaja Selamatkan Gaza!”

  1. Fad Says:

    Sebuah program yang sangat membanggakan! menaikkan semangat saya dan rakan-rakan remaja yang lain untuk bangun dan terus berjuang.

  2. Fad Says:

    ALLAHUAKBAR!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: