Nak Tengok Mana Ni?

Salam semua,

Hari ini kita akan berbincang tentang eye contact. Sepertimana yang kita tahu dan sedar, eye contact memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Anda hanya dibenarkan untuk tidak melihat ketika berbicara sekiranya anda seorang yang buta…

Dengan melihat mata seseorang, anda sebenarnya membina satu kuasa pengaruh yang cukup besar. Itulah sebabnya jurujual lebih suka berjumpa berbanding bercakap melalui telefon mengenai produk yang dijualnya. It’s all about the eye contact! It is a human touching concept.

Baiklah, apabila anda berhadapan dengan audiens, eye contact yang patut anda lakukan adalah seperti berikut :-

1) Jangan memejam mata anda tatkala berbicara. (Setakat mengedipkan mata tu, biasalah, kita kan manusia!)

2) Jangan memandang ke atas atau ke bawah. (Melainkan anda sedang berbicara tentang sesuatu yang menggambarkan sesuatu berada di bawah atau di atas!)

3) Jangan memandang ke kanan dan ke kiri dengan terlalu cepat! (Pandang ke kanan buat seketika, kemudian pandang depan, kemudian barulah pandang ke kiri. Kita bukannya nak lintas jalan!)

4) Pandang pada satu titik pada permulaan. (Untuk bina keyakinan sebelum memandang audiens. Tapi hanya seketika ye. Janganlah pandang satu tempat dari mula sampai habis!)

5) Pandang mata audiens. Ya, mata. (Tengok mata mereka, bukan rambut, telinga mahupun hidung.)

Kerana apabila mata bertentang mata, kuasa pengaruh anda akan melebar luas! Apa yang dibicara akan diterima..Apa yang dikata akan dicerna…Dek kerana eye contact yg cemerlang!

Badr : Dari mata turun ke hati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: