Wajah Anda… Pesonakan Semua

Hebat berbicara tidak hanya melibatkan mulut, tetapi juga keseluruhan wajah anda. Untuk menjadi Pembicara Gemilang, anda sudah tentu perlu tampak girang bukannya garang.. dan Badr nak menjawab persoalan tentang janggut dan misai seorang Pembicara Gemilang. Wajarkah seorang penceramah atau speaker memiliki dan membela jambang, atau janggut atau misai?

Jawapan Badr, mudah! Boleh tetapi mesti KEMAS! Memang ada tulisan pakar-pakar motivasi barat yang acap kali mengatakan jangan sekali-kali anda menyimpan jambang atau janggut mahupun misai jika anda ingin menjadi speaker yang cemerlang. Anda tampak tidak kemas, tidak sesuai dan menjelekkan. Tapi percayalah, semuanya itu bohong belaka.

Fakta itu direka bagi menjinakkan Muslim dengan kriteria orang bukan Muslim. Sesungguhnya kita tahu bahawa membela janggut itu sunnah. Dan Nabi tidak akan mempamerkan contoh yang tidak baik untuk umatnya. Dan perlu diingat, Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang pemidato yang hebat.

Jadi, tiada masalah untuk kita membela janggut. Asalkan kemas. Nabi juga tidak suka umatnya yang menyimpan misai terlalu panjang sehingga menutup bibir. Dan sama ada kita perasan atau tidak, ramai je Pembicara Gemilang di seluruh dunia yang berjanggut, bermisai dan berjambang.

Belalah janggut untuk mengikut sunnah Nabi, dan belajar untuk bijak berbicara agar kita dapat meneruskan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan Islam.

Badr : Islam sentiasa berada di atas dan tidak akan diatasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: