Global Entrepreneurship Week 2008… Usahawan Next!

Bersempena dengan Global Entrepreneurship Week (GEW) 2008, AMPAC sebagai partner kepada GEW telah mengadakan sebuah program keusahawanan remaja yang digelar USAHAWAN NEXT!

Wajah-wajah ceria usahawan muda!

Wajah-wajah ceria usahawan muda!

Program yang nampak mudah tetapi mencabar ini telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada semua peserta yang hadir! Dan alhamdulillah, pada hari tersebut, semua Alumni AMPACers telah menghantar wakil masing-masing untuk berentap dalam Usahawan Next!

Tiga syarikat ditubuhkan dan ketiga-ketiga syarikat ini diberikan pula syarikat angkat untuk mereka mengenali dan mengkaji tentang syarikat tersebut. Syarikat-syarikat angkat tersebut ialah
1) Kasih Bakeri
2) Dr. PC
3) De Green Deco

Dengan kerjasama yang cukup padu daripada pihak syarikat terbabit, AMPACers kemudiannya ditugaskan untuk meningkatkan aspek promosi dan pemasaran syarikat tersebut. Mereka melakar poster yang kreatif bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kedai tersebut.

Setelah siap mendekorasikan poster, mereka ditugaskan pula untuk membuat market research di dalam Kompleks PKNS Bangi. Mereka pergi menemui seberapa ramai pelanggan PKNS dan membuat temu bual bersama mereka. Ketika ini semestinya kemahiran berbicara mereka diuji! Dan alhamdulillah, AMPACers berjaya mengendalikan sesi ini dengan cemerlang!

Kemudian mereka diberikan pula misi yang lebih mencabar. Mereka perlu membandingkan pula syarikat angkat mereka ini dengan syarikat-syarikat yang telah lama bertapak dalam industri yang sama. Secret Recipe, PC Depot dan Blooming Florist telah dipilih untuk dijadikan perbandingan.

Setelah kajian dibuat, mereka membentangkan hasil penemuan mereka di hadapan rakan-rakan dan jurulatih yang hadir. Dan setelah selesai, kumpulan yang terbaik telah dipilih untuk menjadi pemenang dalam program Usahawan Next!

Yang menariknya, mereka tidak mendapat hadiah, tetapi kumpulan yang terbaik akan menjadi penyumbang yang terhebat kepada AMPAC. Dan nama mereka akan disemadikan bersama sumbangan yang telah diberikan itu. Contohnya, pemenang tempat pertama, High-Q telah menyumbangkan permainan UNO Attack, tempat kedua, Creative Smart menyumbangkan permainan MONOPOLY dan tempat ketiga, Innovate Smart menyumbangkan permainan Magnetic Dart.

Dan untuk rekod, pelaksanaan program Usahawan Next ini di dalam pengetahuan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Mr. Jonathan, Senior Fellow dari Koffman Foundation. Usahawan Next juga didaftarkan sebagai salah satu program keusahawanan sepanjang Global Entrepreneurship Week 2008!! 

Wow, memang meriah reunion Alumni AMPAC kali ini! Seronok betul dapat berjumpa semula dengan ahli keluarga AMPAC! See u next time! Keep in touch ya!

Badr : Terubat jugakle rindu…

3 Responses to “Global Entrepreneurship Week 2008… Usahawan Next!”

  1. Farish Says:

    bestnyer..hope to join this program.. i still remember when i used to join program usahawan muda (pum) during my secondary schools in mrsm. Thats a great moment to be a young entrepreneur.

  2. syiqin Says:

    hurm…rugi nyew x g..sorry la x dpt dtg koz adew hal lah..

  3. cranky6427 Says:

    nk pic ari tu..
    uhu.
    nnti ssnang email la ek..
    daaa…
    -radi-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: