Badr with Deputy Minister!

Badr berasa amat bertuah kerana telah dijemput untuk bersama-sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam upacara menandatangani MoU antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Koffman Foundation di Hotel Sri Pacific Kuala Lumpur.

Mula-mula Badr dan Khai (jurulatih keusahawanan AMPAC) ingatkan kitaorang ni antara 100 orang tetamu yang hadir. Rupa-rupanya tidak sampai 15 orang (tak termasuk penganjur) yang menghadiri upacara ini. Apa lagi, kitaorang pun macam VIP le jugak.

Di VIP Lounge

Duduk bersama Datuk dan Mr. Jonathan (Koffman Foundation) sambil berbual di bilik VIP merupakan antara saat yang berharga buat kami yang baru setahun jagung dalam dunia keusahawanan. Kami sempat menceritakan tentang AMPAC dan ia menarik minat dan perhatian para VIP yang hadir. InsyaAllah Datuk Saifuddin bercadang akan melawat ke AMPAC satu hari nanti.

Menerusi upacara ini juga, Badr sempar berkenalan dengan beberapa lagi usahawan muda dan berpengalaman. Antaranya Mr. Dash dan gengnya dari Warisan Global Sdn. Bhd., Raiyan dari UPM dan pegawai-pegawai MeCD. Betullah kata pujangga, pertemuan dengan manusia mampu membuka minda dan merungkai potensi diri dengan lebih luas!

Jadi jika anda terasa anda ini sudah hebat atau merasakan anda ini tiada masa depan, berjumpa dan berkongsilah dengan manusia-manusia lain. Kerana kadangkala perkongsian maklumat dan pengalaman sesama kita mampu membuka lebih banyak jalan untuk maju ke depan!

Badr, Raiyan, Khai, Mr. Jonathan, Datuk Saifuddin

InsyaAllah selepas ini, akan ada banyak lagi program AMPAC bersama MeCD di bawah nama Young Entrepreneurship Fan Club (YEFC)!!!

Badr : Thanks to my old buddy, Shamsul Qamar (Shun) yang telah memperkenalkan kami dengan MeCD dan menjemput kami menjadi tetamu dalam upacara tersebut.

One Response to “Badr with Deputy Minister!”

  1. Farish Says:

    Go AMPAC!! Go, go, go!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: