Kaki Menggeletar… Fenomena atau tak tau ke mana?

Bukan anda seorang yang pernah menggeletar kaki ketika berucap di hadapan khalayak. Badr juga pernah mengalaminya satu ketika dulu… Tapi masalah ini dapat dielak dan diatasi!

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

 

Mudah, anda menggeletar kerana anda takut. Itu betul. Dan anda perlu menerima hakikat bahawa ketakutan sebelum berbicara di hadapan khalayak adalah perkara biasa! Cuma bagaimana anda kendalikan ketakutan yang bakal membezakan anda dengan yang lain!

Kaki anda menggeletar pula kerana tapak kaki anda tidak berpijak sepenuhnya pada lantai. Anda lebih selesa membengkokkan sebelah kaki dan sebelah lagi anda luruskan. Memanglah rasa macam relaks, tapi percayalah, itulah punca malapetaka!

Bayangkan hati yang sedang takut, bercampur dengan kaki yang tidak pijak sepenuhnya, tentu hasilnya – KAKI YANG MENGGELETAR DAN TAMPAK GENTARANNYA!

Jadi, jika betul anda ingin elakkan kaki anda menggeletar, pastikan tapak kaki anda pijak tanah sepenuhnya! InsyaAllah, perasaan takut anda semakin kabur, perasaan menggeletar kaki terkubur!!

Badr : Kuasai kaki anda… hehe

One Response to “Kaki Menggeletar… Fenomena atau tak tau ke mana?”

  1. Farish Says:

    dulu penah gak menggeletar kaki nih..rase mcm nak tercbut kepala lutut jer..pastu berpeluh2..cuak sgt..alhadulillah..skrg semakin berkurang..huhu..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: