Atasi Tension …

Salam semua!

Hari ni Badr tension! Yup, ada benda yang tak disangka berlaku dan mengundang seribu satu lagi masalah susulan.

 

 

Tapi… kita ada pilihan sama ada ingin menjadikan tension itu satu bebanan atau sebagai batu loncatan untuk menjadi diri kita yang lebih bagus! Kita mampu mengubahnya! Kita mampu mengawal situasi!

Pertama sekali, anda pastikan yang anda sudah kenalpasti apa masalahnya. Apa punca dan kesan masalah tersebut kepada hidup anda.

Kedua, anda fikirkan penyelesaiannya secepat mungkin. Ingat, sepertimana yang Badr ajar dulu, always think with ink! Lakar dan tuliskan pelan penyelesaian di atas kertas, Jgn biarkan ia sekadar bermain-main di kotak fikiran. Ia akan membuntukan lagi minda yang sedia buntu.

Jika tiada penyelesaian, anda perlu sentiasa ingat, Allah sentiasa berada bersama kita. Sekurang-kurangnya tulis lah di atas pelan penyelesaian itu yang anda ingin membuat solat hajat, tahajjud, taubat dan sebagainya. Ingat, Allah senantiasa bersama anda! Dialah yang memberikan penyelesaian kepada setiap masalah!

Ketiga, lupakan sebentar masalah anda itu, dan lakukan perkara yang anda paling suka! Ya, perkara yang anda paling enjoy! Kalau anda enjoy makan, apa lagi, makanlah. (Tapi jgn sampai ikut nafsu pulak ye). Kalau anda suka main game, mainlah jap… Kalau anda suka pukul orang, pergilah terajang punching bag yang ada….(Jgn nak tambah masalah pulak ye!) Lakukan dengan penuh kepuasan!

Keempat, buat sesuatu yang berbeza dengan aktiviti lazim anda sebagai turning point. Contohnya, jika selama ini anda suka sikat rambut belah tengah, apa kata kali ini anda sikat rapat ke atas. Atau ubah kedudukan peralatan pejabat/bilik anda. Atau pakai tali pinggang/tudung baru. Perbezaan yg kecil pun takpe, asalkan ia sesuatu yg baru. Dan pembaharuan inilah yang akan menjadi turning point atau titik perubahan dalam hidup anda. 

Kelima, dengan suasana baru ini, anda mulakan pelan penyelesaian anda itu! Mulakan dengan bismillah, lakukannya dengan cemerlang dan kemudian berserahlah kepada Allah s.w.t. Percayalah apabila anda dapat mengatasi masalah tersebut, anda bukan lagi anda yang dulu. Anda sekarang sudah menjadi lebih cemerlang!! It’s true!

Jadi, bebanan tension itu akhirnya menjadi batu loncatan untuk anda menjadi lebih cemerlang! Percayalah, Allah menjadikan masalah bukan untuk kita lari…tetapi untuk kita selesaikan. Kerana musibah yg berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Cuma kadang-kadang tu kita mampu nampak hikmahnya, atau kadangkala hanya Allah sahaja yang mengetahui….

Badr : Lepas tulis entry ni, i feel relieved…Alhamdulillah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: