Penting Sangat Ke Matlamat Hidup?

Salam semua!

Hari ni Abg Badr nak berkongsi pengalaman bersama dengan remaja-remaja menerusi program-program yang Abg Badr kendalikan. Perkara yang paling menyedihkan adalah apabila remaja ini tidak tahu apa hala tuju dan matlamat mereka dalam hidup.

Cita-cita? Emm…Ramai yg hanya tersenyum dan ramai jugak yang baru nak mereka cerita. Zaman Abg Badr dulu, cita-cita ditanya oleh guru kelas setiap tahun dan dicatatkan dalam kad rekod pelajar. Tapi apabila semakin meningkat remaja, persoalan cita-cita (apatah lagi matlamat hidup) sudah kabur dan kemudiannya lenyap!

Yang menjadi matlamat ketika itu hanyalah 9A! 9A! 9A! Sampai satu tahap, Abg Badr pun tak tahu kenapa kena dapat 9A? Alhamdulillah Abg Badr berjaya dapat 9A dalam PMR. Tapi persoalannya, apa pula selepas ini? Oo.. 11A1 pulak.. OKlah, 11A1! 11A1! 11A1! Kenapa? Ntah…cikgu suruh…parents suruh…

Dah habis SPM, barulah persoalan cita-cita timbul semula. Tapi waktu tu, cita-cita kita terpaksa mengikut paparan keputusan SPM di atas slip. Asalnya nak jadi doktor, dah terpaksa matikan cita-cita tu sbb result tak sebagus mana. Akhirnya, kita pun ambillah jurusan yg kita tak pernah terfikir nak ambil…

Kemudian, 6 tahun belajar jurusan yang kita ‘ter’ambil tu, terpaksa pula membina kerjaya dengan kelulusan tersebut. Akhirnya kita terperangkap dalam dunia pekerjaan dan yg sedihnya, pekerjaan itu bukanlah apa yg kita inginkan… Sampai bila macam ni? Sampai pencen rasanya…(Lama tu!)

Kenapa jadi begini? Kerana seawal usia 13 tahun, kita sudah mula memadam matlamat hidup dalam diri. Kita buat tak kisah, kita leka dan seronok dengan hiburan. Bila orang sebut cita-cita, kita gelak dan senyum sinis…“Ceh, ni soalan budak-budak…” Sedangkan kita tidak tahu yang sebenarnya tanpa cita-cita, hidup kita bertambah slow…momentum menurun dan keinginan untuk menjadi lebih bagus terus hilang!

Come on remaja… Matlamat hidup mesti ada! Mulai hari ini, kita mesti tahu ke mana sasaran kita..Bila hendak dicapai dan bagaimana. Dengan hala tuju yang jelas, barulah kita akan lebih bertenaga untuk berjuang sebagai pelajar. Kalau tidak, nak pergi sekolah pun malas! Betul tak?

So, apa tunggu lagi. Pergi ambil pen dan kertas. Conteng! Conteng lah dengan perancangan dan pelan hidup kita. Sasaran sewaktu di sekolah (kurikulum & ko-kurikulum), sasaran universiti, sasaran kerjaya dan sasaran hidup. U must do it NOW!

Nak tangguh dulu? No problem. Cuma perlu diingat, setiap saat kita hidup tanpa matlamat, diri ini tak ubah seperti kapal yang bergerak tanpa hala tuju! ‘Mengabihkan’ minyak, menyemak, buang masa dan rugi!

Selamat bermatlamat!

Badr : HIDUP MESTI BERMATLAMAT!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: