Tips Bijak Belajar : Analogi Keretapi

MALAS! MALAS! MALAS!

Inilah masalah pelajar yang paling besar dan paling glamor! Sepanjang pelaksanaan Seminar Brilliant Students di puluhan sekolah rendah dan menengah, MALAS menjadi kelemahan utama dan pertama para pelajar.

Kadang-kadang kita hairan, bagaimana budak ni boleh dapat 9A dalam PMR? Macam mana dia boleh dapat A1 dalan Add Math? Apa rahsia mereka? Apa yang mereka makan? Ibu bapa mereka kerja apa? Mereka tuisyen di mana?

Come on lah… ini bukan masalah kita tidak tahu rahsia kejayaan mereka… Ini adalah masalah kita tidak menyedari apa kelemahan kita. Dan kita tidak berusaha untuk mengatasinya!

Maknanya, kenapa mereka boleh berjaya dan kita tidak? Simple, kerana kita MALAS dan mereka RAJIN! That’s all!

Jadi bagaimana untuk atasi masalah simple ini? SIMPLE! Gunakan analogi keretapi. Keretapi merupakan kenderaan yang berat, panjang dan padat dengan bebanan. Pergerakan keretapi laju tetapi ia bermula dengan perlahan. Betul tak?

Pernah tengok keretapi? Pernah naik? Keretapi bergerak perlahan-lahan pada mulanya. Tapi apabila sudah bergerak utk jangka masa yang agak pendek, ia akhirnya meluncur laju!

Haaa..kita ni pun umpama keretapi. Masalah kita yang paling besar adalah untuk memulakan study.. Ya, memulakan study! Kalau kita mula, insyaAllah kita boleh study untuk satu tempoh masa yang panjang.

Jadi fokus pada 10 minit pertama. Yup…Ambil buku dengan niat untuk study 10 minit sahaja. Waktu pegang buku, peganglah dengan semangat. Duduk dengan betul, dan tangan pegang pen atau highlighter. Tarik nafas dalam-dalam dan STUDY!!! 10 minit!

InsyaAllah, kalau anda sudah buat yg terbaik untuk 10 minit ini, anda sudah menjadi keretapi yang telah meluncur laju…Anda tidak akan terasa beban lagi untuk meneruskan study anda hingga mencecah satu jam! Haa…ini semua hanya kerana anda fokus 10 minit pertama…

Ingat, masalah kita hanya untuk memulakan study. Bila dah mula, insyaAllah takde masalah kan?

Badr : Kepada calon PMR, SPM dan STPM…Jgn lupa study sambil raya ye..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: