Islam vs Muslim

Salam Ramadhan,

Ramai di antara kita yang masih keliru antara Islam dan Muslim. Terutamanya mereka yang bukan Islam. Sesungguhnya Islam itu amat berbeza dengan Muslim masa kini.

Islam adalah agama atau lebih tepat dikategorikan sbg cara hidup yang sempurna. Islam menganjurkan penganutnya melaksanakan perkara kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah kemungkaran. Islam merupakan cara hidup yang mampu membimbing insan ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Malangnya, Islam pada hari ini dikaburi dengan imej Muslim masa kini. Muslim atau mereka yang menganut agama Islam, bukan lagi mereka yang mempamerkan apa yang dikatakan sebagai Islam yang sebenar… Muslim hari ini tidak boleh dibandingkan dengan kemuliaan Islam.

Muslim pada hari ini ramai yg terlibat dengan gejala sosial…rasuah…dadah…
Muslim pada hari ini ramai jugak yang terlibat dengan fitnah…ajaran sesat…
Muslim pada hari ini remai jugak yang berminat tentang kebendaan semata…

Walaubagaimanapun, alhamdulillah masih ramai juga Muslim yang hebat, jujur, amanah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sejati… Cuma jika tidak dijaga, mungkin angka golongan ini akan semakin kurang dan kurang…

Jadi, jgn tersalah anggap antara Islam dan Muslim. Anda adalah Muslim. Dan anda juga adalah Muslim yang menjadikan Islam sebagai way of life!

Teringat kata-kata pensyarah Badr satu ketika dulu…
Di Eropah, Muslim bilangannya sikit, tetapi Islam ‘banyak’
Di negara-negara Islam pula, Muslim bilangannya banyak, tetapi Islam ‘sedikit’

Badr : Kita pikir la sendiri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: