Majlis Iftar Dan Ramah Mesra TAMRIN!

Alhamdulillah, semalam Badr dan Raidah mendapat jemputan daripada teman seperjuangan, Coach Ridz and Coach Sha, untuk sama-sama menghadiri Majlis Iftar & Ramah Mesra TAMRIN di De Palma Hotel, Ampang.

TAMRIN atau nama penuhnya, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, ditubuhkan bagi mengumpul para trainer dan motivator Muslim untuk duduk di bawah satu bumbung dan berdiri di atas satu platform bagi mengukuhkan kesatuan di antara mereka.

Pada pandangan Badr, dengan kewujudan TAMRIN ini, insyaAllah, mutu dunia latihan dan perundingan kita akan semakin meningkat dan cemerlang. Kerana daripada apa yang Badr dapat menerusi perbualan dengan Presiden TAMRIN, Dr. Tengku Asmadi, program-program yang bakal dilaksanakan oleh TAMRIN sememangnya ditunggu-tunggu oleh motivator-motivator di Malaysia. Kelahirannya ibarat bulan jatuh ke riba. Dan Badr yang mendengarnya pun tak sabar untuk menyertainya insyaAllah.

bersama Dr. Tengku Asmadi

bersama Dr. Tengku Asmadi

Dan yang menariknya juga, menerusi TAMRIN, networking sesama motivator semakin erat dan utuh. Badr yang baru dalam dunia motivasi ini juga sempat berkenalan dengan trainer dan motivator senior yang cukup berpengalaman dan terkenal. Sempat juga berbual dengan rakan lama di UIAM dulu, Saudara Amin Idris dan juga mentornya Saudara Fadzli Yusof. Ramai jugak yang sempat Badr berbual malam tu dan banyak betul ilmu yang Badr peroleh dalam tempoh yang singkat itu.

bersama Sdr. Amin Idris

bersama Sdr. Amin Idris

Dato Dr Fadzilah Kamsah yang menjadi Penasihat Tetap TAMRIN ada berpesan supaya kita semua kembali kepada fitrah. Bertuhankan Allah dan berhambakan nafsu. Dan antara perkara yang menarik perhatian Badr adalah… “kita (trainer & motivator) ni umpama doktor. Doktor memberikan ubat kepada pesakit (peserta kursus/seminar). Macamana kalau doktor yang sakit?”

Jadi, teman-teman di luar sana yang berkecimpung dalam dunia pembangunan modal insan, marilah sama-sama kita menjaga keharmonian iman dan amal kita sehari-hari. Mudah-mudahan dengan cara ini, bukan sekadar kita yang menjadi lebih bagus malah bicara kita, tindakan kita turut memberi impak mendalam kepada pendengar kita setiap masa.

Salam sayang buat semua! Assalamualaikum!

Badr : Banyak jugak bergambar malam tu…

3 Responses to “Majlis Iftar Dan Ramah Mesra TAMRIN!”

  1. Farish Says:

    Abg Badr!!!!!!! Bes gler!!!nak pi gak..huhu…Sme tu idola farish tuh..ingatkan abg badr xtau psl TAMRIN nih..huhu..rindu la plak kat family kte..hehe..

  2. Farish Says:

    wah2.abg badr..tu baju raye tahun ni ker???same la kte ek..kaler ungu gak..keh3x..nampak slim la abg bad oii…diet ker???masya-Allah..hikmah ramadhan..hehe:)

  3. badrulsani Says:

    Hehe…memang best…we all miss u too… Abg Badr dah tau lama pasal TAMRIN, cuma hari tu baru berkesempatan nak pegi…

    Tu baju raya 2 tahun lepas…hehe…tapi thn ni memang purple pun…slim ke? alhamdulillah…rasa macam sama je makan banyak…

    Selamat Hari Raya bro…!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: