Tips Brilliant Students : Pecutan Akhir; Jadual Belajar

Bagi anda yang bakal menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM, Abg Badr ada sedikit tips ingin berkongsi dengan korang semua!

Pertama, ubah jadual waktu sedia ada kepada jadual yang lebih serius dan sesuai! Ya, pecutan akhir memerlukan perubahan. Dan perubahan pertama yang anda perlu lakukan adalah jadual belajar. Rahsia jadual yg terbaik ialah : UTAMAKAN YG UTAMA. Maknanya, anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti kelemahan dalam subjek-subjek tertentu, dan utamakan subjek-subjek tersebut.

Bagaiman nak utamakan? Senang, belajar subjek yang anda lemah pada waktu dinihari (awal pagi). Kerana pada waktu ini, otak anda amat amat fresh!

Kalau dah nampak rintangan semakin dekat, ubahlah cara tu!!

Gambar Hiasan : Kalau dah nampak rintangan semakin dekat, ubahlah cara nak mengatasinya!!

Kedua, pastikan dalam jadual anda terselit waktu untuk anda rehat. Dan peruntukkan 15 minit untuk tujuan itu. Dalam tempoh 15 minit itu, REWARDS YOURSELF! Maknanya, buatlah apa yang anda suka sebagai ganjaran atau habuan setelah anda berjaya study selama 1 jam.

Jangan nak tunjuk hero dengan study sampai 2 jam tanpa henti. Ini akan menyebabkan anda akan cepat penat dan terus tutup buku. Yang paling sedih, esok anda dah malas nak study sebab teringatkan kepenatan yg dialami semalam. Jadi, bersederhanalah! Study 1 jam dan REHAT. Kemudian sambung balik!

Ketiga, pastikan juga jadual anda memperuntukkan 5-7 jam untuk study! Maklumlah, dah nak dekat exam, takkan nak buat perangai macam budak-budak yang tak exam! Jadi, kurangkanlah masa bersantai dan gantikannya dengan study. Study tak semestinya baca buku je… Anda juga boleh membuat latih tubi, peta minda atau bercakap di depan cermin seorang diri!

Keempat, pastikan jadual anda strategik. Maknanya, untuk waktu pagi, banyakkan aktiviti membaca dan menghafal. Manakala untuk waktu petang, elakkan aktiviti menghafal, dan banyakkan latih tubi! Kalau anda silap strategi, takut otak anda tidak mampu memberikan komitmen yang terbaik!

Amalkan 4 tips ini untuk tips pecutan akhir! Best of luck!

Badr : Dulu pandang rendah pada jadual…sekarang ni, kalau takde jadual, memang susah nak siapkan tugasan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: