Tips Bijak Berbicara : Jadilah Diri Anda Sendiri

Anda tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk menjadi seorang Pembicara Gemilang! Ya, itulah hakikat dan sebenarnya berita baik untuk semua!

Sememangnya, dalam membina seni berbicara yang hebat, langkah awal yang perlu diambil adalah dengan mendapatkan guru atau idola anda sendiri. Dan dari situ, ikuti apa sahaja yang dilakukannya iaitu dari segi intonasi, gaya, dan style berbicara.

Namun ini tidaklah bermaksud anda perlu menjadi 100% sama seperti idola anda tersebut. Ingat, tiru idola cuma langkah awal dalam mendalami seni berbicara. Selepas anda semakin yakin, anda cuma perlu menjadi diri anda sendiri.

Gambar Hiasan!

Gambar Hiasan! Tiru Macam Saya!

Kerana orang yang datang untuk mendengar anda berbicara memiliki matlamat untuk mendengar ANDA berbicara, bukannya idola anda berbicara. Jadi, jangan terlalu terikat dengan idola anda. Idola anda adalah guru, dan anda sebagai anak murid perlulah memperkayakan kemahiran ini!

Dengan menjadi diri sendiri, anda tidak akan kekok…Anda tidak tampak hipokrit… Anda tiada sebab untuk takut dengan penampilan anda. Kerana diri anda adalah anda yang sebenar!

Remember, BE YOURSELF!

Badr : Mula-mula pun tiru orang. Tapi dah lama ni, ada ler cara sendiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: