Hebatnya Makhluk Tuhan Yang Bernama Manusia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tahukah anda, fisiologi yang hebat ataupun bentuk badan yang sempurna akan mempengaruhi kita menjadi seorang yang berkeyakinan? Dan fisiologi yang tidak bagus atau bentuk badan yang tampak lemah akan menjadikan kita seorang yang lemah?

Fisiologi mempengaruhi diri!

Fisiologi mempengaruhi diri!

Kajian telah membuktikan, sekiranya anda berdiri, bergaya dan bernafas seperti orang yang yakin dan macho, secara automatik, anda akan menjadi yakin! Yes! Fisiologi badan kita mempengaruhi mood, perasaan dan juga fizikal kita!

Jadi apa maknanya? Mudah, jika anda takut dan tidak yakin, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah wujudkan fisiologi manusia yang yakin! Anda berdiri tegak ke depan, menarik nafas dengan perlahan, senyuman yang ikhlas dan mata melihat satu arah ke hadapan. Percayalah, walaupun hati anda takut, ia bakal merubah perasaan tersebut dek kerana fisiologi anda yang menjana keyakinan!

Kalau penat, jangan lah berkelakuan macam orang penat! Ye lah, fisiologi kan mempengaruhi fizikal kita. Jadi, walaupun penat, berlagak seperti orang yang bertenaga. Walaupun cuma berlagak, tapi anda telah mencipta fisiologi yang bertenaga, dan percayalah, anda akan hilang penat selepas tu!!

Bukan semua orang tahu rahsia kehebatan manusia ini! Jadi gunakanlah sebaik-baiknya!

Badr : Fisiologi mempengaruhi psikologi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: