Pecutan Akhir…!

Kini merupakan momen yang kritikal untuk para calon peperiksaan utama negara iaitu UPSR, PMR, SPM & STPM. Tidak sampai 4 bulan lagi, calon SPM dan STPM akan berjuang habis-habisan. Dan semestinya bagi calon UPSR dan PMR, degupan mereka lebih kencang!

Apa yang patut anda lakukan? Pertama sekali, Abg Badr ingatkan semua supaya bertenang…Relaks. Pelajar yang tenang mampu mengatur strategi dengan lebih cemerlang. Dan itu yang patut anda lakukan. Atur strategi sebaik mungkin. Ambil satu hari, gunakan hari tersebut hanya untuk planning sahaja. Ingat, perancangan amat-amat penting! If u fail to plan, u plan to fail!

Dalam perancangan ini, anda mesti mengenalpasti mata pelajaran apa yang anda lemah dan peruntukkan lebih banyak masa untuk subjek tersebut. Jangan sekali-kali anda lari daripada masalah! Ingat, Allah ciptakan masalah bukan untuk kita lari, tapi untuk kita selesaikan! Kemudian, anda juga perlu bijak dalam mengenalpasti topik-topik hangat yang kerap menjadi soalan tradisi dalam peperiksaan. Kuasai topik-topik tersebut!

Selain itu, sebagai booster, ubahsuai kedudukan bilik anda. Ya, ubah kedudukan meja study, kerusi dan katil. Bukannya apa, untuk menimbulkan suasana baru yang bakal menaikkan semangat untuk kita memulakan pecutan akhir! Nampak simple, tapi amat-amat berkesan!

Dan jangan sekali-kali anda mengambil ringan bab ibadat kepada Yang Maha Esa. Dialah yang mengurniakan A dalam peperiksaan anda. Memang anda yang berusaha, guru yang mengajar dan ibu bapa yang menyokong, tetapi Allah lah yang mengizinkan kejayaan anda. Dan Allah akan memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh!

Best of luck to all of you!

Badr : Catatan Brilliant Students Siri 1 & 2…kini dalam penghasilan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: