Countdown to UPSR!! 55 Hari Lagi!

Salah satu program Pecutan Akhir UPSR

Salah satu program Pecutan Akhir UPSR

Sejak kebelakangan ini Badr amat sibuk dengan program-program pecutan akhir UPSR. Jemputan yang Badr penuhi ini biasanya bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dan menyuntik (atau lebih tepat lagi mengepam!) semangat untuk berjuang di kalangan para calon UPSR.

Apa yang patut dilakukan dan apa yang jangan sekali-kali dibuat oleh pelajar adalah topik utama dalam seminar Badr. Dan Badr tidak lupa mengajak semua peserta untuk sentiasa beringat tentang aspek-aspek kerohanian, emosi, fizikal dan mental.

Alhamdulillah, melalui program-program ini, ramai pelajar yang merasai keberkesanan dan ingin untuk melakukan yang terbaik. Saat-saat akhir sebelum peperiksaan inilah yang cukup penting dalam memastikan peperiksaan yang diambil membuahkan keputusan yang membanggakan. InsyaAllah, jika para pelajar mahu berubah dan melakukan perubahan yang betul, 5 A pasti menjadi milik anda.

Kepada semua calon UPSR, jangan risaukan keputusan UPSR anda. Tapi risaukanlah masa yang anda biarkan berlalu begitu sahaja tanpa usaha dan ikhtiar!

“Do your best and let Allah do the rest!”

Badr : Ni antara komen yang membuatkan Badr lebih bersemangat untuk berjuang membantu anak bangsa!

1) “Seminar Brilliant Students ini membolehkan saya mendapat 5A dalam UPSR. Dan ia juga memberi semangat untuk saya menghadapi UPSR.”

2) “Abg Badr memang best bila buat lawak dan gila inspiring. Tapi bila part menangis dan tulis ikrar tu tersentuhh betuul la. Dia dah bagi saya kesedaran belajar yang selama ni saya tak kesah sgt. Thx.”

3) “Saya rasa tidak takut lagi untuk menduduki UPSR. Best!”

4) dan banyak lagi… (karang byk sgt org kata riak pulak..hehe)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: