Mengendalikan Suasana!

Untuk menjadi seorang yang bijak berbicara, anda bukan sahaja perlu petah bercakap dan hebat menggunakan bahasa badan, malah anda mesti…Badr ulangi, mesti cekap dalam mengendalikan suasana.

Suasana Dinamik

Suasana Dinamik & Padat

Suasana sesuatu program amat penting untuk memastikan keberkesanan program tersebut. Dengan kata lain, dengan kemahiran mengendalikan suasana, anda mampu membuatkan peserta atau audiens anda yang hadir rasa berbaloi dan terkesan nalurinya.

Ok, jom kita lihat apa rahsia Pembicara Gemilang dalam mengendalikan suasana…

1) SEGALANYA BERMULA DARIPADA HATI ANDA – Yup! Suasana gembira atau sedih atau bermotivasi hadir hanya apabila anda sendiri yang mulanya gembira atau sedih atau bermotivasi. Era masa kini menolak mereka yang berbicara berdasarkan fakta yang datang dari buku semata…Hari ini audiens lebih bijak dan mereka inginkan sesuatu yang ikhlas datang daripada penceramah.

Suasana Sedih & Menginsafkan

Suasana Sedih & Menginsafkan

Jadi, anda perlu memulakan langkah yang pertama dan utama dalam mewujudkan suasana tersebut dengan mencetuskan perasaan yang anda inginkan dalam suasana tersebut. Contohnya, jika anda sedang memotivasikan audiens, sebelum anda naik ke pentas, anda perlu terlebih dahulu timbulkan rasa bersemangat dalam jiwa anda. Ceriakan diri, kentalkan semangat dan bebaskan kelantangan suara anda apabila motivasi anda bermula!

Suasana Gembira

Suasana Gembira & Menyeronokkan

Senang je sebabnya… Kalau kita sendiri tak bermotivasi…kenapa pulak audiens mesti bermotivasi???? So, SPEAK FROM YOUR HEART!

2) JANGAN GELABAH DENGAN SITUASI YANG TIDAK DIINGINI – Jika anda terpaksa berhadapan dengan situasi yang anda tidak gemar seperti tempat yang agak bising, mikrofon yang tidak berfungsi dengan baik atau paparan LCD projektor yang malap, tolong jangan gelabah dan tolong jangan nampakkan kegelabahan tersebut!

Relaks…dan cari jalan. Anda takkan menemui penyelesaian jika anda dalam keadaan gelabah. Relaks, take your time and solve the problem. Be creative. Dan jika segala usaha telah dilakukan namun hasilnya tidak berjaya, terimalah keadaan tersebut seadanya dan JUST DO IT!

Percayalah, jika anda terpaksa berbicara dalam situasi yang anda tidak suka, anda pasti akan meningkatkan mutu bicara anda sebaik program tersebut tamat. Dan anda akan semakin matang dan matang dari semasa ke semasa.

3) GUNAKAN APA SAHAJA BENDA YANG ADA DI SEKITAR SUASANA TERSEBUT DALAM BICARA ANDA – Maknanya, anda perlu peka apa yang anda boleh nampak, pegang dan dengar di sekitar suasana bicara anda. Contohnya, jika anda sedang berceramah tentang teknik belajar, anda boleh mengambil kata-kata semangat yang terpampang di dinding-dinding sekolah untuk dijadikan contoh dan hujah anda! Anda boleh membuatkan jenaka dengan berhenti bergerak dan berlagak seperti patung ketika loceng sekolah berbunyi tatkala anda sedang berceramah. Dan pelbagai lagi asalkan anda tidak menganaktirikan perkakasan yang wujud di sekitar suasana bicara anda.

Jadi, apa tunggu lagi, amalkan tiga langkah mudah ini terlebih dahulu sebelum kita mempelajari teknik yang lebih mendalam. Ingat, jika anda mampu mengendalikan suasana, kehadiran audiens anda semakin bermakna!

Badr : Alhamdulillah, suasana dapat dikawal asalkan tidak lupa kita bertawakal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: