Tak Nak Serabut Otak? Always Think With Ink!

Think With Ink! Maknanya, apabila anda berfikir, terjemahkannya dalam bentuk tulisan di atas kertas. Ya, think with ink!

Mengapa perlu kita berbuat sebegini? Mudah!

Pertama, apabila kita berfikir, berimaginasi dan membayangkan sesuatu, semuanya terbentuk di minda dan hilang sejurus kita memikirkan perkara lain. Tetapi, jika anda menterjemahkan apa yang terlintas di minda menerusi tulisan, ia akan kekal lebih lama dan yang paling penting lebih tersusun!

Kita selalu merungut kepala tension, serabut otak dan macam-macam lagi yang membayangkan betapa bermasalahnya kita. Percaya atau tidak, penyelesaian untuk itu hanyalah satu, THINK WITH INK! Tulis segala masalah anda di atas kertas. Senaraikan satu persatu, keluarkan habis-habisan dalam minda anda. Dan percaya atau tidak, anda akan dapati sebenarnya takdelah banyak sangat masalah dalam minda anda ni!

Yup, THINK WITH INK membantu anda untuk menguruskan hidup dengan lebih berkesan!

Selepas senaraikan masalah, barulah anda fikirkan pulak penyelesaiannya. Tuliskan…Badr ulangi TULISKAN penyelesaian tersebut di sebelah masalah yang anda senaraikan. Anda pasti terkejut kerana sebenarnya ada banyak penyelesaian untuk sesuatu masalah itu. Yang penting THINK WITH INK!

Selepas anda tulis penyelesaian, sekarang anda tetapkan pula due date atau tarikh akhir yang anda perlu selesaikan masalah tersebut menggunakan penyelesaian yang anda tuliskan sebentar tadi. Kemudian, susun masalah tersebut menggunakan nombor dan berdasarkan due date tersebut.

Haaa…Apa jadi? Anda sudah ada master plan untuk selesaikan semua masalah yang asalnya tadi mengganggu benak anda! What an easy approach! Just THINK WITH INK.

Kedua, THINK WITH INK turut membantu dalam melahirkan perasaan dalam diri kita. Ada perkara yang kita tak mampu untuk ungkapan secara lisan. Maka tulisan lah yang menjadi alternatif terbaik untuk anda meluahkan sesuatu.

Baru-baru ini, Badr berceramah untuk para pelajar tahun 6 di Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional. Selepas 2 jam bermotivasi, bergelak ketawa dan akhirnya menangis, para pelajar diminta untuk menulis ikrar mereka di atas kertas.

Kenapa perlu Badr arahkan sebegitu? Kerana tulisan tersebut merupakan luahan hati mereka yang secara logiknya mereka tidak akan ungkapkan kata-kata tersebut. Impaknya, ikrar mereka kekal dan ini mampu memotivasikan mereka tatkala mereka terlupa dan malas untuk belajar!

Yup, once again, THINK WITH INK is the best!

Ketiga, hehe… THINK WITH INK is the cheapest way to improve our life!

Jadi, untuk menjadi seseorang yang lebih teratur, bersistematik dan semestinya hebat, cuma amalkan THINK WITH INK! InsyaAllah, anda mampu mengubahnya!

Badr : Saya mesti pilih! (tagline Bank Rakyat)

One Response to “Tak Nak Serabut Otak? Always Think With Ink!”

  1. aidil Says:

    terima kasih sbb ltk gmbar saya……..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: