Komunikasi Selesa Di Gagang Telefon

OK, hari ni Badr nak berkongsi dengan anda semua tentang teknik untuk berbicara menerusi telefon. Errmm, penting sangat ke tajuk ni? Dengar macam senang, tapi hakikatnya ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana cara sepatutnya tatkala berbicara di gagang telefon.

1- Duduk dengan selesa terlebih dahulu… Ini penting untuk memastikan tone suara kita sentiasa tenang dan tidak dengar tergopoh gapah… Ingat ye, orang di sebelah sana tidak nampak apa yang kita lakukan, jadi mereka akan meneka berdasarkan cara kita bercakap dan bernafas. Kalau cara bercakap kita tenang, maka kita akan ‘tampak’ confident.

2- Perkenalkan diri anda. Jangan buat orang tertanya-tanya. Jangan buat suspen ye. Tak payah suruh orang di sana meneka siapa di sini. Kenapa? Ingat, kita tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh orang sana… Mungkin ketika itu dia tidak ada mood untuk berjenaka. Mungkin dia sedang ditimpa musibah. Dan tiba-tiba anda hubungi sambil membuat lawak. Tak patut…tak patut….

3- Tanya soalan yang spesifik terlebih dahulu walaupun ia bukan matlamat anda menghubunginya. Contohnya, rakan kita itu baru saja menimang cahaya mata. Maka elok jika anda bertanyakan khabar anaknya terlebih dahulu. Nyatakan rasa gembira dan bersyukur dengan kesihatan anak rakan anda.

4- Selepas bertanyakan soalan itu, barulah anda memberitahu sebab apa anda menghubungi rakan anda tersebut.

5- Selepas selesai bercakap, anda akhiri dengan komen positif sebagai penutup bicara. Contohnya, “oklah, insyaAllah ada rezeki nanti kita makan tengah hari sama-sama,” atau “thanks ye, apa pun kau memang kawan sejati…”

Haaa…5 langkah mudah untuk berkomunikasi dengan selesa di gagang telefon. Banyak lagi tips untuk Badr kongsi tentang aspek ni. Tapi untuk kali ini, apa kata kita fokus dan praktikkan terlebih dahulu tips-tips di atas. InsyaAllah kita sedang menghampiri menjadi komunikator gemilang!

Badr : Sejak kahwin, telefon dah jarang guna…huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: