Pulang Bersama Jiwa Sastera Merdeka…

Subhaanallah, 2 dan 3 Julai 2008 yang lalu merupakan hari yang cukup bermakna untuk Badr dan Speak Out AMPAC. Pertama, Badr dijemput untuk menjadi penceramah bagi Bengkel Pidato yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel Pidato yang diadakan serentak bersama Bengkel Penulisan Kreatif dan Bengkel Pantun ini dibuat bersempena Program Gilap Bahasa anjuran DBP, PPD Seberang Perai Utara & Tengah dan Persatuan Bahasa Melayu SMK Pokok Sena.

Kedua, bengkel ini juga telah menemukan Badr dengan tokoh-tokoh sasterawan negara seperti Dato Abdul Halim R, pakar pantun negara dan Dr. Osman Ayob, pakar penulisan kreatif kebangsaan. Dengan kesempatan yang ada, Badr sempat bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan buah fikiran dengan tokoh-tokoh terbilang ini.

Ketiga, bengkel yang diadakan kali ini lebih istimewa berbanding lepas. Dengan berpandukan Bijak Berbicara Workbook, bengkel ini juga disempurnakan dengan para peserta yang sememangnya tekad untuk mendalami ilmu pidato. Alhamdulillah, peningkatan dan bakat yang dipaparkan cukup memberangsangkan. Walau 2 hari berlatih, para peserta menampakkan prestasi unggul dan Badr percaya kalau program sebegini dijalankan selalu dan lebih lama, para peserta mampu mencapai tahap Pemidato Gemilang.

Kenapa Badr begitu yakin? Kerana peserta yang hadir memilih atas kemahuan sendiri untuk menyertai Bengkel Pidato. Bukannya paksaan daripada guru. Dan ingat, jika kemahuan digabungkan dengan pimpinan guru yang betul insyaAllah perubahan pasti menjelma!

Keempat, layanan yang diberikan cukup menarik. Mana tidaknya, layanan yang diberikan kepada tokoh-tokoh sasterawan, Badr turut terkena tempiasnya. Segan betul apabila dianggap pakar dalam bidang pidato dan diletakkan sebaris bersama pakar-pakar sasterawan negara. Sedangkan Badr pun masih merangkak dalam mempelajari seni ini.

Apapun, Bengkel Pidato kali ini selain merubah para peserta, ia turut mengukuhkan persepsi Badr dalam memperkasakan bahasa, bangsa, negara dan agama. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Badr : Best sangat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: