Study sambil dengar lagu…Good or Bad?

Study sambil dengan laguSepanjang penjelajahan Badr dan Speak Out AMPAC di sekolah-sekolah, sebahagian besar pelajar-pelajar yang menghadiri Seminar Brilliant Students pasti mendengar lagu semasa mentelaah pelajaran… Ada yang mendengar lagu pop, lagu rock, R & B, rap, techno dan ada jugak yang dengar dangdut!

Yang menariknya, apabila ditanya mengapa, ada yang menjawab, “Bila saya dengar lagu sambil study, saya tak mengantuk!” …Wah, yakin betul jawapan adik ni…

Tapi keyakinannya goyah apabila Badr bertanya, “adik baca buku untuk tidak mengantuk atau untuk menambahkan ilmu?” …Dia jawab, “nak tambah ilmu..” Badr menambah, “bagus…tapi tindakan adik seolah-olah sekadar tak mahu mengantuk…sebab ilmu sukar untuk bertambah jika adik membaca sambil mendengar lagu!”

Kenapa? Kerana minda kita tidak dapat fokus kepada apa yang dibaca… Bayangkan, sewaktu mata sedang memproses maklumat, telinga juga menghantar isyarat kepada otak untuk mentafsir lagu yang dimainkan. Dua perkara terpaksa diproses otak dalam masa yang sama… Impaknya, bacaan kita terpesong, mulut ikut sama terpekik terlolong…

Come on guys, fikirkan perkara ini sebaik mungkin. Apa salahnya kita jauhkan sumber yang menyusahkan proses pembelajaran kita daripada kita membuang masa membuat sesuatu yang hasilnya entah di mana… Kepada anda yang suka mentelaah pelajaran sambil mendengar lagu, percayalah, anda bukan membaca buku tapi sekadar MELIHAT BUKU….

“Tapi Abg Badr, macam mana saya nak hilangkan mengantuk?” pasti ada yg bertanya begini… Don’t worry, insyaAllah rahsia untuk menghilangkan mengantuk dengan cara yang berkesan dan berhemah akan dibongkar dalam entry yang akan datang!

Badr : Buat satu-satu lebih baik daripada dua dalam satu yang kesannya tidak menentu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: