The Happening…

Baru-baru ini, Badr dan Raidah jalan-jalan ke Alamanda Putrajaya… Since kitaorang dah lama tak tengok wayang, Raidah pun offer untuk belanja tengok wayang cerita The Happening…

Badr sebenarnya nak tengok cerita lain, tapi takpelah, “saper tak sayang bini ooii…” hehe… Movie ini sebenarnya hasil tulisan, terbitan dan arahan M. Night Shyamalan, seorang karyawan yang selalu menghasilkan filem-filem seram yang unik…

Dan sewaktu movie ini bermula, Badr dah mula agak bahawa movie ini akan mengubah persepsi minda Badr terhadap suatu perkara…

Kisahnya agak berat tetapi tidaklah seperti filem-filemnya sebelum ini. Jalan cerita yang mudah difahami tetapi memerlukan keterbukaan minda dalam menilai apa yang dipaparkan… Kerana filem ini penuh dengan teori… Teori yang menerangkan mengapa manusia di Pantai Timur Amerika mengalami satu fenomena yang begitu menakutkan… Fenomena yang menyaksikan manusia tiba-tiba kaku dan kemudian bergerak membunuh diri mereka sendiri… Apa puncanya? Pada mulanya mereka merasakan ini semua angkara pengganas.. Ahh biasalah Amerika, setiap kali berlaku bencana, pengganas yang akan mendapat nama…

Tetapi kemudian baru mereka merasakan ada yang tidak kena dengan alam… Sebenarnya kematian mereka ini diakibatkan oleh sejenis kimia yang dirembeskan oleh tumbuh-tumbuhan… Dan ini menyebabkan otak manusia tidak dapat berfungsi dan terus memikirkan cara bagaimana untuk menamatkan riwayat sendiri!

Memang horror jugak le adegan-adegan yang ada dalam filem ni… Nampak real betul… Tapi yang pasti, sememangnya persepsi Badr sudah berubah apabila berbicara tentang tumbuh-tumbuhan… Kita perlu menghargai alam kerana mereka juga mempunyai hak untuk hidup sebagai makhluk Allah… Thanks M. Night Shyamalan…

Badr : Terus fobia bila tengok pokok bergerak… Haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: