Networking, Friendship, Brotherhood

Salam semua! Hari ini Badr ingin berbicara bab ukhuwwah.

Baru-baru ini ada yang menanyakan kenapa perlu ditubuhkan Alumni AMPAC? Badr sebagai program koordinator menjawab, kita ingin memelihara ukhuwwah mereka agar segala ilmu dan persahabatan mereka ini akan ada kesinambungannya.

Dalam Alumni AMPAC, mottonya mudah : NETWORKING, FRIENDSHIP & BROTHERHOOD. Ketika menghasilkan motto ini, Badr meletakkan matlamat penubuhan alumni ini untuk menyatukan semua AMPACers yang telah tamat latihan mereka di AMPAC. Dan Badr meletakkan tiga tahap penyatuan mereka yakni pertama tahap NETWORKING, tahap kedua FRIENDSHIP dan tahap ketiga BROTHERHOOD…

Tahap pertama, NETWORKING…Badr inginkan mereka sekurang-kurangnya mereka mampu berhubung antara mereka. Ini untuk memastikan pada masa hadapan mereka sentiasa ada connection bagi memanfaatkan kerjaya mereka. Contohnya, jika ada yang menjadi usahawan, maka rakan ampacers yang lain, mampu untuk menjadi networking kepadanya dalam memasarkan produk, joint venture dan sebagainya.

Tahap kedua, FRIENDSHIP… Menjadi satu yg menarik jika AMPACers yang telah tamat pengajiannya di AMPAC ini akan terus menjadi sahabat. Kerana zaman sekarang, untuk memiliki sahabat yang berwawasan, berkeyakinan dan tidak pentingkan diri sendiri bukanlah mudah. Namun jika AMPACers yang menjadi rangkaian sahabatnya, insyaALLAH semangat AMPAC akan terus tertanam dalam jiwa mereka untuk menjadi remaja yang cemerlang.

Tahap ketiga, BROTHERHOOD… Badr lah orang yang paling gembira jika pertautan antara AMPACers ini ibarat saudara sendiri. AMPAC menjadi keluarga yang bahagia yang mana ahli-ahlinya senantiasa menjadi kebajikan antara satu sama lain… Ibarat cubit paha kiri, paha kanan pun terasa…

Berdasarkan perkara-perkara di ataslah, Alumni AMPAC dilahirkan! Mudah-mudahan ia bakal menjadi satu lembayung yang menaungi pemimpin-pemimpin muda yang matang, berkaliber dan semestinya berwawasan! Ukhuwwah Islamiyyah…Ukhuwwah fillah…

Badr : Bila dengar nasyid ni teringat lagu Senyum dari Raihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: