Consistency… Key of establishment!

Salam semua! Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan yang terbaik!

OK, hari ini Badr nak berkongsi dengan anda semua tentang kunci kemajuan diri, kemajuan organisasi dan kemajuan perniagaan… Kunci tersebut tidak lain tidak bukan ialah CONSISTENCY

Semua orang inginkan kejayaan. Cuma yang sedihnya, ramai di antara kita yang inginkan kejayaan dalam sekelip mata. Sikap tamak dan tidak sabar ini sememangnya merugikan dan sekaligus melenyapkan cita-cita anda! Sungguh, sikap ini merosakkan anda! Ia menyebabkan anda mudah tertipu dengan manis bicara mereka yang sentiasa memancing orang yang tidak tahu sabar dalam membina kejayaan. Cukuplah dengan janji-janji manis pendapatan besar dalam masa yang singkat yang anda pernah dengar dahulu…

Anda perlu memahami dunia pemasaran hari ini. Etika telah ditolak ketepi. Yang penting jualan dapat dilakukan. Maka terpekiklah mereka yang dahagakan customer ini menabur janji indah yang sebenarnya tidaklah cantik seperti yang dikata… Malangnya, kita tergoda kerana sikap untuk cepat berjaya menguasai diri…

Jadi, jika benar anda ingin berjaya dalam erti kata kejayaan yang kukuh, konsisten adalah kuncinya. Biarpun apa yang anda lakukan itu kecil, tapi ingat, dengan consistency, benda yang kecil akan membuahkan hasil yang cukup besar.

Bukanlah Badr ingin mendabik dada mengatakan Badr adalah yang terbaik. Badr sendiri masih memperbaiki keperibadian diri. Dan Badr ingin mengajak anda semua untuk sentiasa menjadi lebih baik daripada dahulu!

Kalau sehari anda dapat lakukan 1 perkara baik. Bayangkan jika 30 hari? Sudah 30 perkara baik anda lakukan. Biar sedikit, asalkan konsisten.

Badr mengalami perkara ini dalam perniagaan yang Badr lakukan sekarang. Pada hari ini, di sekitar daerah Hulu Langat sahaja, lebih 10,500 orang pelajar telah mendapat sentuhan motivasi Badr menerusi ceramah-ceramah Badr di sekolah. Satu angka yang cukup besar! Badr pun terkejut apabila mengira jumlah ini. Alhamdulillah, berkat usaha Badr selama 10 bulan di sini, impak yang dihasilkan sudah boleh dikatakan besar.

Dan ini kerana consistency. Kita lakukan sedikit sumbangan, tetapi lakukannya secara kerap. Dengan ini, anda akan menghasilkan sumbangan yang besar. Jangan terpedaya dengan projek mega sehingga anda lupa bahawa mini-mini projek jika dilakukan dengan istiqamah bakal menjadi hasil yang besar dan lebih besar daripada projek mega!

Badr : Bersyukur kerana dapat berbakti untuk para pelajar di daaerah Hulu Langat sejak Julai 2007 yang lalu.

One Response to “Consistency… Key of establishment!”

  1. Farish Says:

    i’m gonna miss u bro..thanks for all the memories..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: