AMPAC Graduation Day and Alumni Launching!

Alhamdulillah…Hari Sabtu yang lepas, AMPAC dengan jayanya telah mengadakan Majlis Graduasi dan Pelancaran Alumni AMPAC di Metro Point, Kajang! Dihadiri oleh Tn Hj Thaha dan isteri, dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, majlis ini diserikan lagi dengan demonstrasi Aikido dan juga pertandingan PIDATO TERPANDU yang disertai oleh AMPACers.

Majlis yang bermatlamatkan untuk meraikan sesi tamat latihan bagi AMPACers 2,3 dan Lepasan SPM & STPM ini disempurnakan dengan penuh gilang gemilang! Dengan wajah yang berseri dan hati yang mekar gembira, para AMPACers kelihatan bersemangat dan seakan bersedia untuk menempuh kehidupan sebenar dengan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di AMPAC.

Menurut Saudara Hariz, wakil kepada AMPACers, dalam ucapannya, penglibatan mereka di AMPAC telah memajukan potensi diri dan mereka pada hari ini semestinya tidak sama dengan mereka yang sebelumnya!

Tahniah kepada semua AMPACers atas prestasi yang cukup memberangsangkan! Sememangnya kami berbangga dengan pencapaian anda semua sepanjang 6 bulan menerima latihan di AMPAC. Teruskan berjuang untuk menjadi pelajar cemerlang, pemimpin gemilang dan insan terbilang!

Badr : Bangga dengan AMPACers!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: