Back to action! How to know people’s real personality?

Salam semua! Sorry for being silent last few days… Memang sibuk sekarang ni. Sejak balik Kelantan hari tu, jadual memang full dengan tugasan. Dan kali ini bukan tugasan memberikan ceramah, it’s more to admin tasks. Mana tidaknya, persediaan untuk menerima ahli keluarga AMPAC yang baru, AMPACers 5, kemudian AMPAC Graduation, AMPAC Alumni Launching, Pertandingan Pidato Terpandu dan macam-macam lagi misi.

Semalam pulak baru balik dari Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bahru. Kitaorang dijemput oleh En. Zaim, Ketua Bahagian Sumber Manusia Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk menyertai slot ‘rafting’ bersama para pemimpin pelajar SDAR, Seremban bersempena Kem Kepimpinan sekolah tersebut. Dan semalam yang bersama Badr ialah wakil-wakil dari AMPACers 1, AMPACers 2, AMPACers 3, AMPACers 4 dan AMPACers 5! Fuh, satu gabungan yang cukup menarik!

Apa yang dapat dipelajari daripada program semalam ialah, betapa kepimpinan, strategi dan kerjasama kumpulan itu amat penting. Manusia mungkin akan tampak hebat apabila berbicara tentang kebolehan diri. Tapi apabila manusia itu berada dalam situasi yang memerlukan tindakan lebih daripada bicaranya, barulah kita dapat mengenalinya dengan lebih mendalam…

Sewaktu latihan ini barulah Badr nampak siapa yang ada nilai kepimpinan, nilai ketaatan, nilai individualistik dan nilai rajin berfikir… Inilah prinsip kehidupan, manusia cuma akan mempamerkan keperibadian mereka yang sebenar apabila berada dalam situasi yang praktikal, kritikal dan mencabar. Jadi jika anda, mencari-cari ahli pasukan atau teman, ujilah mereka dalam situasi-situasi yang mencabar kesabaran dan kemahirannya berfikir…. Badr pun banyak kenal orang yang secara zahirnya nampak berkaliber, tetapi ketika masalah mendatang, mereka tidak berfikir secara rasional dan lebih dikuasai emosional…

Last but not least, i’m really enjoyed yesterday’s trip and activities… It opened my eyes and widened my horizon…

Badr : Seronok berkayak di lombong sedalam 60 kaki semalam…

2 Responses to “Back to action! How to know people’s real personality?”

  1. Farish Says:

    abg badr xajak sy pun..huhu..

  2. badrulsani Says:

    huhu abg badr nak ajak…tapi keta dah penuh sebaik selepas diumumkan… tp tempat tu menarik. insyaAllah next program kita boleh buat kat situ…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: