Small Contribution May Lead to Great Impact!

Selalunya orang melihat kepada jawatan yang disandang untuk mengukur sejauh mana pentingnya seseorang itu. Jika dia seorang pengarah, maka dia merupakan insan yang amat penting. Dan jika dia hanya seorang pencuci tandas, pastinya dia tidaklah sepenting mana…

Itu kesilapan kita… Jawatan sememangnya memaparkan peranan tetapi tidaklah ia menafikan kepentingan mereka yang berjawatan rendah. Contohnya, jika seorang pengarah itu hebat, berdedikasi dan berpandangan jauh sudah pasti syarikatnya mampu berjaya dengan cemerlang. Namun kejayaan syarikatnya tidak akan dicipta sekiranya tukang cuci tandas di syarikatnya tidak menjalankan tugas dengan baik.

Situasi mudah, klien syarikat tersebut mungkin akan memandang rendah kepada kredibiliti syarikat dan pengarah tersebut sekiranya tandas yang digunakan kotor dan menjijikkan. Dan silap-silap, kontrak pun nak dibatalkan!

Nampak tak? Jgn kita memandang pentingnya manusia itu berdasarkan jawatan. Kerana setiap manusia ada peranannya dan tanpa mereka yang memainkan peranan tersebut, matlamat tidak dapat dicapai. Bayangkan, bagaimana ahli-ahli politik, menteri-menteri terpaksa memanjat pokok untuk menggangtung poster pilihanraya… Kelakar bukan? Mereka-mereka yang berjawatan rendah atau tidak berjawatan inilah yang menyebabkan rakyat menyokong dan mengundi ahli politik tersebut…

Satu lagi contoh… Azan… Kita menyangka tugas melaungkan azan ini bukanlah sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan imam… Tapi kita perlu sedar, dengan kita memperdengarkan azan, impaknya teramat besar…bukan sekadar untuk masyarakat setempat, tetapi juga, GLOBAL?!

Global? Biar betul???? Jom kita tengok video ni…

Badr : Dengan mak cik / pak cik cleaner pun kita lemparkanlah senyuman…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: