Manusia Biasa Berminda Ajaib!

Badr nak kongsi satu cerita yang cukup menarik…

1981, ada seorang penjual insurans bernama Morris Goodman telah mengalami satu kemalangan udara. Impaknya, leher Morris patah, saraf diafragmanya terputus, kemampuan bercakapnya hilang, dan dia tidak boleh bernafas melainkan disokongan alat bantuan pernafasan!

Doktor memberitahu Morris bahawa peluangnya untuk hidup hanya 1 daripada 1000. Dan kalaulah dia hidup sekalipun, dia akan bergantung kepada kerusi roda seumur hidup kerana badannya sudah lumpuh dari pinggang hingga ke bawah!

Morris degil. Morris tidak menghiraukan kata-kata doktor. Dia hanya percaya kepada dirinya dan kepercayaan yang kukuh dalam mindanya ialah dia mampu untuk sembuh. Dia mampu untuk kembali normal!

Kepercayaan Morris sesungguhnya telah memberi kesan yang cukup memeranjatkan. Daripada bernafas secara biasa, Morris akhirnya mampu berdiri dan berjalan tanpa apa-apa sokongan. Atas dasar kepercayaan juga, Morris akhirnya mampu sembuh 100% daripada penyakit yang mengikut kata doktor hanya 1 daripada 1000 peluang untuk Morris hidup.

Kini Morris Goodman aktif dalam berceramah dan berseminar. Ya, dia kini bukan sekadar sembuh malah berjuang untuk membantu mereka yang senasib dengannya untuk teruskan hidup dan tidak berputus asa! Menerusi ceramahnya yang berkisarkan kuasa kepercayaan, dia berjaya memimpin insan lain untuk menerobos sempadan diri!

Satu kisah manusia biasa namun memiliki minda yang kuat dan hebat! Dan ini membuktikan kita mampu untuk mencipta kecemerlangan dengan menggunakan minda! Kalau penyakit macam Morris boleh diatasi dengan minda, apatah lagi masalah yg anda hadapi sekarang!

Why? Because it’s all about your mind!

Badr : Minda kita…Masa depan kita! Isikan ia dengan sebaiknya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: