Adil ke? Macam diskriminasi je…

Ada di kalangan kita yang merungut seolah-olah Islam itu tidak adil… Ada diskriminasi terhadap kaum wanita…

Ini kerana ramai orang yang masih keliru tentang isu pembahagian harta pusaka. Secara asasnya, dalam pembahagian harta pusaka atau faraid, anak perempuan akan mendapat satu bahagian manakala anak lelaki akan mendapat 2 bahagian. Dengan kata lain, jika anak lelaki mendapat RM100,000, anak perempuan hanya akan mendapat RM50,000 sahaja.

“Ini tidak adil! Ni diskriminasi ni…!” Itulah kata-kata mereka yang dangkal pemikiran dan jahil tentang agama. Meh sini Badr nak terangkan…

Islam adalah agama yang berpaksikan keadilan. Dalam Islam, lelaki adalah golongan yang bertanggungjawab dalam menyara isteri dan anak-anak. Dan lelaki juga perlu menyara saudara perempuan mereka apabila ayah mereka sudah tidak ada lagi.

Justeru, lelaki memerlukan lebih banyak kekuatan kewangan kerana kehidupannya ditunjangi tanggungjawab yang Badr nyatakan sebentar tadi. Manakala tanggungjawab perempuan bukan seperti itu. Dengan kata lain, perempuan tidak memerlukan kekuatan kewangan sepertimana diperlukan oleh seorang lelaki.

Jom kita ambil contoh praktikal dan mudah. Katakanlah seorang ayah meninggal dunia dan dia arwah meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang masing-masing berkeluarga. Katakanlah harta yang ditinggalkan ialah RM150,000…

Si lelaki akan mendapat RM100,000 dan si perempuan akan mendapat RM50,000… Nampaknya si perempuan dapat sikit berbanding lelaki…Itu secara matematik ringkas, tetapi kalau dicongak menggunakan situasi praktikal, hasilnya begini…

RM100,000 yg diperoleh lelaki wajib digunakan untuk menyara keluarganya. Makan minum dan pakaian isteri serta anak-anaknya menjadi matlamat utama. Bayaran rumah, kereta dan bil-bil lain juga menjadi bebanan untuk suami langsaikan. Akhirnya yang tinggal mungkin dalam RM40,000.

Manakala RM50,000 yang diperoleh oleh si perempuan ini pula merupakan haknya yang mutlak! Yes, absolutely for her. Dia tidak perlu untuk menanggung apa yang patut ditanggung oleh suaminya. Dan RM50K itu akan ‘selamat’ dalam simpanannya!

Jadi, mana satu yang manusia lebih inginkan? RM100,000 yg terpaksa digunakan atau RM50,000 yang dimiliki secara mutlak? Semestinya yang mendapat RM50,000 secara mutlak itu yang lebih beruntung kan?

….Nampak tak?…..Islam satu agama yang amat menjaga hak perempuan…Satu agama yg amat-amat menitikberatkan soal keadilan… Namun masih ada suara-suara sumbang yang cuba memperlekehkan Islam…

Jom kita ucap ALHAMDULILLAH kerana terpilih menjadi Muslim dan Muslimah! Kerana menjadi insan yang berada di atas jalan yg benar, menuju ke arah destinasi yang benar…!

Badr : ISLAM dan Muslim, tidak boleh disama ertikan…

One Response to “Adil ke? Macam diskriminasi je…”

  1. azhad Says:

    yup.Thats right.islam agama yg adil dan saksama…….islam,muslim.muslim,islam……hmmmmmm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: