Hala Tuju Anda…Mengapa masih belum tiba? (Part 5)

Tajuk ini telah lama kita susuri bersama dan pada hari ini, Badr ingin dedahkan apa yang patut anda lakukan selepas menyempurnakan 4 langkah menyempurnakan matlamat anda.

Setelah anda melakukan perkara yang dinyatakan dalam entries yg lepas-lepas, kini apa yang anda perlukan ialah satu kepercayaan yang memperkasakan anda! Ya, sistem kepercayaan yang memperkasa!

Maknanya anda mesti percaya dan kepercayaan yang anda sanjung itu mesti menguatkan anda. Ia harus menjadikan anda bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai cita-cita anda!

Kerana kepercayaan datang daripada minda dan minda adalah titik tolak kejayaan dan kegagalan makhluk tuhan bergelar manusia. Remember, it’s all about your mind!

Bagi Badr, mindalah ciptaan Allah yang cukup hebat! Kerana menerusi minda, apa yang kita fikirkan itulah yang bakal terjadi. Contoh, jika anda merasakan SPM itu susah dan anda tidak mampu cemerlang, maka sudah pasti SPM akan menjadi susah dan anda tidak dapat menghadapinya dengan kejayaan! Sebaliknya, jika anda memandang sesuatu sebagai cabaran maka ia menjadi cabaran dan anda akan berusaha bersungguh-sungguh demi mengatasi cabaran tersebut! Right?

Sama ada anda percaya atau tidak, dengan menggunakan minda, ada manusia yang terselamat daripada kanser… Ada manusia yang lali apabila diberi ubat perangsang dan aktif apabila diberi ubat pelali. Kerana minda mampu memberi impak secara biokimia kepada tubuh badan kita.

Minda cukup hebat. Namun kehebatannya akan hilang apabila anda tidak mampu mengendalikannya dengan bijak. Minda perlukan kepercayaan yg cemerlang untuk menjadi minda gemilang. Dan tugas anda adalah untuk mewujudkan kepercayaan tersebut!

Contohnya matlamat anda adalah untuk mendapat 8A dalam PMR. Anda perlukan kepercayaan yang perlu menyokong matlamat ini. Maka tanamkanlah di dalam minda anda bahawa anda sebenarnya bijak,anda mesti cemerlang untuk ke sekolah berasrama penuh, anda memiliki ibu bapa yang membantu dan anda pernah berjaya sebelum ini.

Kepercayaan seperti ini adalah kepercayaan yang memperkasakan diri! Dengan kepercayaan seperti ini anda secara langsung dan tidak langsung, anda akan lebih tekun dan bermotivasi untuk mencapai 8A dalam PMR!!!

Dan ini bukan sekadar untuk pelajar sekolah. Untuk anda yang sudah berkeluarga turut mampu menggunakan teknik ini untuk mencapai matlamat anda! Best of luck!!

Badr : Syukur kerana dikurniakan minda yang berfungsi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: