The Making of Great Master of Ceremonies…

Master of ceremony…Pengerusi Majlis… MC… Moderator… Itu antara panggilan kepada mereka yang berperanan utama mengendalikan sesuatu majlis.

Pengerusi majlis atau MC ini merupakan orang terpenting dalam memastikan majlis yang dilaksanakan berjalan dengan lancar… MC yang tampak yakin, bersahaja dan mampu menghangatkan suasana akan secara langsung menjayakan program tersebut meskipun ada berlaku sedikit cacat cela sepanjang program tersebut.

Justeru, mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai MC, perlu akur dan bersedia bahawa mereka adalah tunggak dalam majlis tersebut.

Badr pada hari ini ingin berkongsi bagaimana kita mampu menjadi MC yang cemerlang. Selain daripada apa yg dicoretkan dalam buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa, inilah tips-tips penting menjadi MC cemerlang…

1) MC mesti mengetahui nama dan panggilan hormat tetamu dan VIP yang hadir. Jika tidak yakin dengan sebutan nama mereka, sila minta mereka sebutkan terlebih dahulu. (Biar malu di hadapan VIP daripada memalukan VIP di hadapan khalayak)

2) MC mesti menguasai tentatif program yang telah disusun. Meskipun ada tertera di kertas, pastikan minda anda sudah menghafalnya! Bayangkan kertas itu hilang…

3) MC wajib berkemampuan untuk membentuk ayat spontan. Kenapa? Biasalah, dalam sesuatu program, akan ada perubahan yg berlaku secara tiba-tiba. Kalau kita hanya bergantung pada ayat yg dikarang dalam teks, sudah pasti kita tidak mampu menghadapi situasi tersebut!

4) MC mesti murah dengan senyuman. Dan kita akan menjadi MC yang hebat jika kita mampu membuatkan orang tersenyum! Gunakan humor yang tidak keterlaluan dan sesuai dengan suasana program, insyaAllah, gamat dewan dibuatnya.

5) MC mesti sentiasa bertindak menjaga ‘kehormatan’ majlis. Maknanya, MC perlu memastikan segala cacat cela program tidak menjadi ketara. Ini boleh dilakukan menerusi penerangan atau pengumuman yang dibuat ketika masalah timbul supaya tetamu lebih menumpukan kepada penerangan tersebut berbanding masalah… Juga boleh menggunakan humor untuk menutup situasi tersebut. Contoh, sewaktu majlis berjalan dan kita bercakap, tiba-tiba kedengaran bunyi pinggan pecah di bahagian belakang dewan. Apa lagi cakaplah, “haaa…cuba tengok tu…pinggan pun tepuk tangan sebab sokong apa yg saya cakap…!”

OK, that’s all for today… Actually bab MC ini Badr dah hurai banyak dalam buku Badr…jadi malas lah nak ulang… So, best of luck to be a great MC!

Badr : Ahad lepas pegi kenduri…Abg AMPACers kahwin di PLPP Bangi… Amal dan Masyitah kena jadi MC… Tu yang tetiba je nak menulis pasal tips menjadi MC cemerlang ni… Congrats Amal and Masy!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: