Tips untuk mudah memahami…

Kadang kala kita tension sangat bila dituduh tidak memahami… Lagi tension kalau ada orang cop kita sebagai ‘ikut kepala sendiri.’

Tapi sebenarnya, kalau kita tidak prihatin, memang kita ni jenis ‘ikut kepala sendiri’ sampaikan tak fikir tentang orang lain! That’s a fact!

Jadi hari ni, Badr nak kongsi tips bagaimana untuk kita menjadi seorang yang betul-betul memahami. Prinsipnya mudah…

“LETAKKAN DIRI KITA DI TEMPAT DIA…”

Put yourself in one’s shoes… Ini adalah kaedah yang terbaik. Ramai yg dah tahu tapi masalahnya mereka sekadar tahu dan tidak amalkan. Hanya segelintir yang mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Contoh, rakan kita sedang sedih dek kematian kawan karibnya. Kita berjumpa dengannya dan bersembang sepertimana biasa. Namun apa yang kita dapati, rakan kita buat endah tak endah sahaja… Kita berubah menjadi tension. Akhirnya kita tinggalkan rakan kita tadi atas dasar dia tidak tahu melayan kita dan perasaan kita.

Kita silap! Kita tidak boleh melayan kucing yang sakit seperti kucing yang sedang seronok bermain! Bukanlah Badr nak samakan kawan kita dengan kucing, itu cuma analogi. Namun bagi merealisasikan analogi ini, kita perlu meletakkan diri kita, hati kita, minda kita di tempat rakan kita sebentar tadi.

Bayangkan kita memiliki seorang kawan karib… Dari kecil berkawan hingga remaja… Pelbagai kenangan manis dan pahit dihadapi bersama. Pernah satu ketika kita berimpian dengannya untuk berjaya bersama… Namun tiba-tiba kita mendapat tahu dia telah kembali ke rahmatullah… Apa perasaan kita waktu itu? Sudah pasti penuh dengan kemuraman dan kesugulan. Segala memori bersama kawan karib tadi pasti bermain ligat di dalam jiwa!

Gunakan perasaan dan minda sewaktu kita membuat gambaran sebentar tadi… InsyaAllah kita tidak akan marah kepada rakan kita yg tidak melayan kita tadi. Mungkin dia juga tidak sedar apa yg dia lakukan kerana gangguan emosi yg dihadapinya itu amat besar.

Badr mungkin menggunakan contoh yang simple, tapi anda sendiri yang perlu bijak untuk adaptasikan prinsip ini dlm kehidupan. Mungkin anda boleh gunakan tatkala anda menyampah dengan sikap jiran anda, tak puas hati dengan pemandu di belakang, atau muak dengan sikap sepupu anda. Letakkan diri anda di tempat mereka, barulah kita akan faham…

Tapi ingat, semua ini bukannya Badr ajar untuk kita sentiasa berkompromi dengan semua orang. Bukan untuk kita sentiasa mengiyakan tindakan dan kata-kata orang lain. Tapi prinsip ini untuk kita mudah memahami manusia lain supaya kita dapat berfikir secara rasional dalam menyelesaikannya.

Cubalah!

Badr : Mudah kasihankan orang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: