Tawakal… Faham ke tidak?

Semua orang pernah dengar kalimah tawakal… Ramai jugak yg pernah dengar Hospital Tawakal… Tapi tak ramai yang memahami dan menghayati konsep tawakal yg sebenar.

Tawakal adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah selepas menjalankan tindakan yang sewajarnya. Maknanya kita hanya layak bertawakal setelah kita berusaha. Janganlah berlagak bak menantikan bulan jatuh riba.

Tawakal bukanlah seperti yg difahami oleh puak-puak jahil yang mentakrifkannya sebagai penyerahan diri secara total kepada Allah tanpa memikirkan usaha yg perlu dilakukan. Ini bukan tawakal, ini pendek akal. Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk duduk goyang kaki dan menunggu rezeki di tiba pintu kamar. Islam bukan begitu. Islam agama yg menyarankan umatnya supaya berusaha. Dan usaha ini pula akan menjadi sempurna apabila diikat dengan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Bagi Badr, tawakal ini adalah ‘final stage’ usaha melakukan sesuatu. Contohnya, kita berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang. Jadi kita perlu aplikasikan teknik belajar yang efektif, berusaha secara konsisten dan pelbagai lagi kaedah Brilliant Students. Dan setelah kita lakukan semua tips, teknik dan streategi tersebut, barulah kita menyerahkan diri kita kepada Allah… Inilah tawakal…

Jangan pula yg memandai cakap “takper, tak study pun takpelah… aku tawakal je lah… insyaAllah berjaya punyer…” Ini salah konsep namanya! Jom kita tengok satu kisah sahabat Rasulullah yg berkisarkan tentang tawakal…

Peristiwa ini berlaku pada zaman Sayidina Umar, di mana sekumpulan ahli ibadah, hanya beribadat kepada Allah. Sayidina Umar bertanya, “Siapa gerangan kamu?” Mereka menjawab, “kami adalah orang yang bertawakal kepada Allah.” Sayidina Umar seraya berkata, “kamu bukan orang yg bertawakal kepada Allah. Kamu adalah yang suka makan dan kaki makan, kerana tidak berusaha. Hanya mengharapkan bantuan orang lain.”

Justeru, cuba anda simpulkan sendiri apa mesej di sebalik peristiwa ini. Jom kita berusaha! Jom kita bertawakal!

Badr : Tengah mengkaji petua untuk murah rezeki…Salah satunya ialah tawakal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: