Hala Tuju Anda…Mengapa Masih Belum Tiba? (Part 4)

Apabila kita sudah melaksanakan 3 langkah strategik minda gemilang (sila rujuk entry terdahulu), akan ada di kalangan kita yang berjaya mencapai apa yg diinginkan dan ada juga yang gagal dalam pencarian. Ini disebabkan oleh strategi yang digunakan. Ada yang berkesan, ada yang tidak.

Persoalannya, apa yang kita akan lakukan apabila kegagalan yang merintangi perjalanan kita mencapai impian? Ada sesetengah orang yang berputus asa…Give up… Terus memadam impian yang sekian lama terpendam. Golongan ini adalah golongan yang rugi…Merek tidak mampu mengawal minda dan emosi.

Ada juga yang tidak berputus asa. Dan mereka meneruskan usaha mereka menggunakan kaedah yang sama berulang-ulang kali. Golongan ini patut dipuji akan semangatnya. Tetapi golongan ini sepatutnya menjadi lebih bijak dengan mengelak menggunakan kaedah yg sama berulang-ulang kali. Bukannya apa, kalau dah berulang-ulang kali kita mencuba cara yg sama, mestilah hasilnya sama, iaitu kegagalan.

Golongan yang terbaik adalah golongan yg belajar daripada kegagalan dan menjadikannya sebagai panduan. Kegagalan dijadikan pengalaman dan bukannya noktah tanda berakhirnya kehidupan. Kegagalan diadun dengan pemikiran dan dijadikan respon atau tunjuk ajar dalam menangani masalah yg sama pada masa akan datang.

Golongan ini bijak mengawal minda dan emosi mereka. Mereka mengarahkan minda supaya menterjemahkan apa yg diistilahkan sebagai kegagalan bertukar menjadi cabaran dan pengalaman. Golongan ini percaya dengan prinsip yang acap kali Badr laungkan iaitu, “it’s all about your mind!”

Jadi usahlah dihirau akan cabaran dan dugaan. Kegagalan hanya akan menjadi kegagalan apabila kita percaya bahawa ia adalah kegagalan. Tetapi kegagalan mampu bertukar menjadi batu loncatan ke arah kecemerlangan jika kita percaya dan yakin ia adalah peluang!

Badr : It’s all about your mind!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: