My Guests…Pelajar Aliran Perdagangan Seluruh Daerah Hulu Langat!

Assalamualaikum semua! Maaf kerana dah lama tak mencoret di Badrul Sani.com ini. Agak sibuk dengan ceramah dan aktiviti-aktiviti yg sama waktu dengannya.

Wah, pagi tadi Badr ada sesi motivasi bersama pelajar-pelajar aliran perdagangan dari seluruh sekolah daerah hulu langat. Satu sekolah hantar dalam 5 wakil pelajar untuk menghadiri sesi tersebut. Bukan main happy para peserta pagi tu…tambahan pulak approach yang Badr gunakan kali ini lebih fizikal, praktikal dan fun!

Bayangkan, diorang siap kena buat kapal terbang kertas lagi…ikat tali kasut kawan dan macam-macam lagi. Semuanya untuk menyuntik motivasi dan menerapkan kemahiran menguruskan masa. Bukannya apa, manusia akan lebih mudah ingat sesuatu apabila dia melakukan sesuatu yg meninggalkan kesan pada hatinya. Keseronokan, kesedihan dan kemarahan adalah antara faktor emosi yg menyebabkan seseorang itu lebih mudah mengingatkan sesuatu maklumat. Dan Badr pada hari tersebut memilih emosi keseronokan!

Yang menariknya, sebaik habis je program, kitaorang terus berkemas dan bergegas untuk ke SMK Dusun Nanding (utk Seminar Pecutan Awal SPM) tetapi…perjalanan kami ‘dihalang’ oleh para peserta dan guru yg ingin berkenalan dengan Speak Out & AMPAC dengan lebih dekat. Ada yang nak tandatangan, ada yg nak beli buku dan ada yg nak daftar utk Kem Brilliant Students pada waktu cuti sekolah ni.

Kereta ‘porsche’ Badr dah jadi macam kedai bergerak…Hehe… Thanks to Farish and Raidah for your assistance. Kalau sorang-sorang memang tak menang tangan! Apa-apa pun, program kali ini cukup unik.

Unik sebab peserta semuanya pelajar aliran perdagangan…Unik sebab bukan setakat pelajar malah guru turut mendapat kesan! Thanks to guru-guru perdagangan dari sekolah-sekolah seluruh Hulu Langat kerana memberikan kepercayaan kepada kami! I thank you…

Badr : Ingat nak bukak kedai la lepas ni…huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: